NH Online – Nasional
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempelawa penganjur yang berkelayakan untuk mengemukakan cadangan penganjuran Bazar Jualan Anjung Syawal Kuala Lumpur @ Jalan Raja 2026 melalui kaedah Request For Proposal (RFP).
Menurut notis yang dikeluarkan, penganjur yang berminat diwajibkan hadir ke sesi taklimat pelawaan yang akan diadakan seperti berikut:
Tarikh: 16 Disember 2025 (Selasa)
Masa: 10.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Anggerik, Tingkat 5, Menara DBKL 2, Jalan Raja Laut
Sesi taklimat ini bertujuan memberi penerangan lanjut mengenai syarat, skop serta keperluan cadangan penganjuran bazar tersebut.
Notis Bazar Jalan TAR Dibatalkan
DBKL turut memaklumkan bahawa Notis Pelawaan cadangan penganjuran Bazar Aidilfitri Kuala Lumpur @ Jalan Tuanku Abdul Rahman (Jalan TAR) secara RFP yang dikeluarkan pada 3 Disember 2025 adalah dibatalkan.
Pembatalan ini sekali gus memberi fokus kepada penganjuran Bazar Jualan Anjung Syawal KL di Jalan Raja bagi tahun 2026.
Tarikh Iklan RFP
- Tarikh buka iklan: 12 Disember 2025 (Jumaat)
- Tarikh tutup iklan: 26 Disember 2025 (Jumaat)
Pihak yang berminat disarankan memastikan semua keperluan dan dokumen berkaitan disediakan mengikut tempoh yang ditetapkan.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berhubung notis pelawaan ini boleh dikemukakan melalui e-mel rasmi DBKL di:
📧 [email protected]
📧 [email protected]
