Umum

40 penyokong PKR Damansara menyertai Bersatu

Seramai 40 ahli dan penyokong PKR Damansara hilang kepercayaan terhadap kepimpinan parti itu mengisytiharkan keluar parti dan menyertai Bersatu, hari ini.

Bekas Ketua Rating PKR Jalan Cempaka, Kampung Kayu Ara Selatan, Hassan Basir berkata, keputusan tersebut dibuat atas kerelaan sendiri dan tidak lagi berminat untuk menyertai PKR.

“Sudah lebih 20 tahun berjuang dengan PKR, namun saya perlu lupakan parti itu dan lakukan perubahan”,

Tambahannya lagi, sepanjang 10 tahun PKR memerintah tiada langsung perubahan yang PKR lakukan di kawasan Kampung Kayu Ara Selatan ini.

“Sehinggakan saya sebagai Ketua Ranting di sini, tidak tahu apa yang bakal atau sudah dilakukan, kami bagai ditinggalkan bersendiri dan terbiar dalam menyelesaikan masalah di sini,

“Jadi dengan rela hati saya, saya menyertai Bersatu,

“Bukan saya seorang tapi ada lebih 40 orang yang ingin keluar dari PKR, ia termasuk ahli yang lain, anak-anak dan cucu saya”, tegasnya.

Beliau berkata demikian ketika majlis penyerahan borang keahlian Bersatu yang disampaikan oleh Ketua Bahagian Damansara, Azuan di sini hari ini.

Ia turut dihadiri oleh Lim Si Ching, calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen damansara.

Sementara itu, Lim Si Ching berkata, perkembangan tersebut memberi gambaran positif kepada PN.

“Sekarang pun dalam Pakatan Harapan terlalu banyak yang terjadi, sehinggakan ada tempat-tempat yang terpencil mereka abaikan’

“Saya harap dengan adanya PN mampu memberi mereka di Kampung Kayu Ara, Selatan ini satu sinar baru dan menjadi keluarga mereka agar boleh bekerjasama dalam memperbaiki permasalahan di sini.

Beliau juga berkata sekiranya diberikan mandat pada PRU15 kali ini, beliau akan memperbaikan infrasuktur seperti meluaskan jalan raya, menyediakan tempat pembuangan sampah terkawal dan meningkatkan kehidupan yang lebih bersih juga teratur di sini.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top