Seramai 5 orang pondan warga asing ditahan dalam Op Cegah Pondan yang dilaksanakan Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) di sekitar bandar raya Ipoh.
Dalam suatu kenyataan Jurucakap Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah JAIPk menyatakan, dalam serbuan itu pihaknya berjaya menahan 5 pondan yang berasal dari Thailand dan dua lelaki turut ditahan dalam operasi berkenaan.
“Dalam pada itu dua lelaki juga ditahan bagi tujuan dokumentasi dan kemudian dilepaskan dengan jaminan penguat kuasa agama,” katanya pada Rabu.
Tambahnya, mengikut Seksyen 55 Enakman Jenayah Syariah Perak (EJSPk), seseorang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan berlagak seperti perempuan di mana-mana tempat awam bagi tujuan maksiat adalah satu kesalahan.
Katanya, jika disabit bersalah, mereka boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM1,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.