Kecantikan

5 Rahsia Kulit Cantik & Badan Langsing Fatiya Latiff

Siapa yang tak kenal dengan pelakon cantik Fathia Latiff. Orangnya cukup cantik. Lebih cantik dan manis apabila Fatiya membuat keputusan untuk berhijab pada tahun lalu.

Memiliki kulit putih merupakan bonus untuk pelakon tinggi lampai ini. Setiap yang memandang pasti akan terpesona dengan kecantikan yang dimiliki oleh Fatiya.

Menjalankan perniagaan tudung sendiri ‘Dara by Nur Fathia’, Fathia kongsikan rahsia kulit cantik dan badan langsing yang diamalkan sejak remaja lagi.

1. Penjagaan rambut penting sejak berhijab untuk pastikan rambut sihat

“Saya hanya menggunakan syampu dan perapi rambut untuk mengekalkan kelembapannya. Saya tidak lagi bergantung kepada salon untuk keperluan rambut, penjagaan rambut yang ringkas di rumah cukup untuk memastikan rambut saya sentiasa tampil sihat.”

2. Pastikan cuci wajah sebelum tidur

“Selain itu, jangan sesekali lupa oleskan losen pelindung matahari pada kulit sebelum mengenakan solekan. Itu sangat penting! Juga, tidak kira betapa letihnya diri, cuba untuk tanggalkan solekan dan oles krim malam secara lembut sebelum tidur.”

Photocredit, @niezamzaini 😘

A post shared by Nur Fathia binti Abdul Latiff (@fatiyalatiff) on

3. Amalkan habbatus sauda, madu, minyak zaitun & minyak kelapa dara

“Saya mengamalkan habbatus sauda‘, madu, minyak zaitun, dan minyak kelapa dara sebagai solusi sihat untuk mencapai keserian kulit. Tidak ramai yang sedar, bahan-bahan ini baik untuk mereka, bukan sahaja untuk kulit kerana ia bersifat anti-penuaan, tetapi juga dalaman.

Makeup @ipaintpeopleface lenses, @auralens_hq tiffany brown. thank you!

A post shared by Nur Fathia binti Abdul Latiff (@fatiyalatiff) on

4. Peka dengan makanan yang diambil, lebihkan buahan & sayuran

“Saya tidak mengamalkan sebarang diet yang agresif, tetapi sewaktu bekerja, saya menjadi lebih peka terhadap makanan yang diambil. Saya tidak memilih hidangan yang berat sebaliknya membuat pilihan yang lebih ringan dan sihat seperti buahan dan sayur-sayuran.

Photocredit, @niezamzaini

A post shared by Nur Fathia binti Abdul Latiff (@fatiyalatiff) on

5. Pastikan produk kosmetik guna bahan semula jadi

“Adalah lebih baik untuk menggunakan pendekatan semula jadi dalam menjaga penampilan diri. Tidak salah untuk menggunakan produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia tetapi pastikan penggunaannya adalah secara terkawal bagi mengelakkan sebarang kesan sampingan negatif kepada penampilan secara keseluruhan.”

Sumber: Jelita

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top