Kesihatan

5 Tip Mudah Untuk Senyuman Lebih Cerah & Menawan

Oleh: Zaahira Muhammad, Disemak oleh Dr Nur Ezureen Abrahab

Senyuman yang cerah bukan sahaja membuatkan anda kelihatan lebih mesra dan yakin, malah mencerminkan kesihatan mulut yang baik. Tapi anda tak perlu rawatan mahal di klinik untuk dapatkan senyuman menawan. Dengan beberapa langkah mudah, anda boleh menyerlahkan senyuman semula jadi anda setiap hari! Kami sempat berbicara dengan Dr Nur Ezureen Abrahab, seorang pakar pergigian implan untuk dapatkan tips mudah penjagaan gigi.

 

Berikut 5 tip gaya hidup sihat untuk senyuman lebih cerah:

1. Berus Gigi Secara Konsisten (Dan Dengan Cara Yang Betul!)

Kedengaran mudah, tapi ramai yang masih ambil mudah. Pastikan anda berus gigi dua kali sehari selama 2 minit, gunakan berus yang lembut, dan pilih ubat gigi pemutih yang selamat. Menurut Dr Ezureen, teknik yang betul juga penting, menggunakan cara memberus secara “modified bass technique” iaitu mengeluarkan kotoran gigi bukan sahaja di permukaan gigi malah dari dalam gusi juga.

2. Elakkan Makanan & Minuman Yang Warnanya ‘Melekat’

Kopi, teh, wain merah, dan minuman berkafein lain memang sedap, tapi ia juga boleh menyebabkan gigi kelihatan kusam. Jika tak boleh elak, cuba minum menggunakan straw dan bilas mulut selepas minum. Makin kurang noda, makin cerah senyuman anda!

 

3. Jangan Lupa Floss & Kumur

Sisa makanan yang tersekat di celah gigi bukan saja punca nafas berbau, malah boleh menyebabkan gigi kelihatan kekuningan. Floss setiap hari dan gunakan ubat kumur antibakteria untuk mulut yang lebih segar dan bersih.

 

4. Makan Untuk Gigi Cerah

Ya, apa yang anda makan pun memainkan peranan! Epal, lobak merah, dan saderi bukan saja sihat, tapi bertindak macam ‘pembersih semula jadi’ kerana teksturnya membantu menanggalkan plak. Bonus: ia juga bantu tingkatkan pengeluaran air liur, yang penting untuk kesihatan mulut.

5. Lawatan Berkala Ke Doktor Gigi

Ramai anggap jumpa doktor gigi hanya bila sakit gigi, tapi sebenarnya rawatan bersih gigi profesional 6 bulan sekali boleh mencegah noda dan kekuningan yang tak boleh hilang hanya dengan berus biasa. Bukan sahaja gigi berlubang, tetapi plak gigi yang keras dan berlebihan boleh menyebabkan anda kehilangan gigi pada usia muda. Pemeriksaan awal = masalah kurang!

Klinik Pergigian Crystal Smile sebagai contoh mengamalkan pemeriksaan rapi seluruh mulut menggunakan x-ray untuk mengenal pasti masalah pergigian yang tidak terlihat secara mata kasar. Rawatan penskaleran di jalankan untuk mengeluarkan karang gigi yang tidak dapat dibuang dengan hanya memberus gigi sahaja. Kesemua klinik Crystal Smile dikendalikan oleh pengamal pergigian yang cekap dan berpengalaman dalam suasana yang selesa serta serba lengkap.

Bak kata Dr Ezureen, “Gigi sihat, Hidup sihat, Senyuman menawan.

 

Senyuman Anda, Gaya Hidup Anda

Menjaga senyuman bukan sekadar tentang penampilan, tapi juga sebahagian daripada gaya hidup sihat dan yakin diri. Jadikan penjagaan gigi sebahagian rutin harian anda—kerana senyuman yang cerah mampu membuka banyak pintu dalam hidup!

 

Berikut lokasi Klinik Pergigian Crystal Smile:

KLINIK PERGIGIAN CRYSTAL SMILE BUKIT BARU (HQ)

Address: 3, Jln PNBBU 1, Pusat Niaga Bukit Baru utama, 75150 Melaka

📞: 016 311 0659

 

KLINIK PERGIGIAN CRYSTAL SMILE ALOR GAJAH

Address: Km 16-2, (Tingkat 1, Jalan Jelatang 1, Pusat Perniagaan Jelatang, Alor gajah 78000 Melaka

📞: 013 454 2968

 

KLINIK PERGIGIAN CRYSTAL SMILE TANGGA BATU 

Address: Permai, No. 38 & 40, Jalan Lembing 1 & 3, Taman Tangga Batu, 76400 Melaka

📞: 011 2113 9048

 

KLINIK PERGIGIAN CRYSTAL SMILE BUKIT BERUANG 

Address: No 35, GF, Jalan Bukit Beruang

Utama 2, Taman Bukit Beruang

Utama, 75450 Melaka

📞: 011 1122 1991

Artikel ini telah dihasilkan dengan kerjasama Malaysia Health and Humanity Organisation dan Klinik Pergigian Crystal Smile, telah disemak oleh Dr. Nur Ezureen Abdul Rahman.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top