Lemak pada perut sememangnya mimpi ngeri untuk semua jenis pakaian. Terpaksa pakai baju lebih besar untuk menutup perut buncit.
Lemak pada perut dikenali sebagai lemak viseral, lemak ini menghasilkan hormon-hormon tekanan mempengaruhi pengeluaran insulin dalam badan. Kesannya lebih teruk dari obesiti dan meningkatkan risiko serangan jantung.
Kami ada cara berkesan untuk hilangkan lemak degil pada perut. Paling penting kena la rajin dan disiplin. Bukan hangat-hangat tahi ayam je.
1. Jangan Berhenti Bergerak
Hilangkan kalori melalui berlari, berbasikal dan berenang. Semua jenis aktiviti yang meningkatkan kadar degupan jantung dapat menghilangkan lemak degil pada perut.
2. Makan makanan berprotein
Dalam satu kajian, wanita obes yang mengamalkan diet 30% protein, 40% karbohidrat dan 30% lemak selama 8 minggu kehilangan lebih lemak – termasuk lemak viseral – berbanding wanita yang mengamalkan rancangan diet 16% protein, 55% karbohidrat dan 26% lemak.
3. Amalkan Yoga untuk mengurangkan berat badan
Ramai yang sibuk dan tiada masa untuk bersukan. Sekarang tiada lagi alasan kerana anda boleh lakukan yoga di rumah. Lakukan senaman santai dengan tarik nafas secara mendalam. Ia juga membantu mengurangkan paras hormon tekanan kortisol, yang berkait rapat dengan lemak pada perut.
4. Jaga tidur anda
Menurut kajian oleh Universiti Wake Forest, tidur kurang dari 5 jam pada setiap malam akan meningkatkan paras lemak viseral. Seperti yang anda tahu, 8 jam adalah tempoh tidur yang disyorkan.
5. Jangan tidur lewat pada hari minggu
Menurut kajian terbaru dari Univeristi Brigham Young, wanita yang bangun dan tidur pada masa yang sama setiap hari mempunyai paras lemak dalam badan yang rendah. Masa tidur tidak teratur akan mengakibatkan jam biologi menjadi huru-hara, mengakibatkan badan merembeskan hormon penyimpan lemak seperti kortisol.
6. Jadilah seorang pencinta teh
Seseorang yang amalkan minum teh hijau lebih cenderung untuk kehilangan lemak pada abdomen semasa bersenam berbanding mereka yang tidak minum.