Aidilfitri 2017

6 Tip Elak Gemuk Yang Melampau Di Hari Raya

Hari raya dan bulan syawal mungkin bukan waktu terbaik untuk mulakan program kurangkan berat badan TAPI jangan lah pulak anda lepas tangan sepanjang 30 hari beraya dan tambah berat badan yang melampau.

Nanti banyak pulak hutang2 lemak yang perlu “dibayar” semula. Cikgu Fitness Malaysia, Kevin Zahri kongsikan tip mudah yang dia sendiri amalkan amalkan sepanjang bulan syawal.

1. Jangan sampai tak beraya pulak!

Setelah berpuasa selama 30 hari, apa salahnya nak beraya.
Tiada masalah untuk “lepas tangan” untuk 1-2 hari. Tapi biarlah besederhana sewaktu makan.

2.Jangan beraya sepanjang 30 hari pulak!

Memang la raya sebulan, tapi tak semestinya anda kena makan sampai tak ingat dunia. Selepas puas makan pada 1-2 raya pertama,
pastikan anda lebih prihatin dengan pilihan makanan & minuman.

3. Berhenti sebelum kenyang

Makanlah perlahan-lahan atau tetapkan saiz hidangan makanan supaya tidak makan berlebihan. Seperti sunnah nabi, berhenti
makan sebelum kenyang.

4. Jangan bermula dengan dessert!

Mesti ramai yang selalu amalkan makan kuih raya dulu barulah hidangan berat. Pastikan anda mulakan dengan hidangan seimbang dulu barulah kuih-muih dan biskut raya.

5. Makan Sikit-Sikit.

Apabila mengunjungi rumah terbuka, anda akan makan dan makan lagi. Kalau boleh makan sikit-sikit, berhenti sekietika, makan sikit
lagi dan ulang. Ia mampu mengurangkan jumlah pengambilan kalori.

6. Puasa Enam

Sepanjang 30 hari beraya, selitkan 6 hari untuk melakukan puasa 6. Selain untuk merehatkan tubuh dari makan berlebihan boleh dapat pahala berganda.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top