Umum

7 agensi penguatkuasa KPKM digabung perkukuh kawal selia

Gambar Facebook

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) akan menggabungkan 7 agensi penguat kuasa bagi memperkukuh kawal selia sektor agromakanan.

Menurut Menterinya Mohamad Sabu, 7 agensi terlibat ialah Kawalselia Padi dan Beras (KPB), Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS),  Jabatan Perikanan Malaysia (DOF),  Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) dan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).

Beliau berkata cadangan mengenai langkah reformasi perkhidmatan awam itu akan dibawa untuk perhatian Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam satu mesyuarat pada 1 Novomber ini.

Reformasi yang sedang diusahakan kementerian ini bukanlah kerana ada agenda politik, tetapi ia dilakukan adalah untuk kebaikan dan masa depan industri, katanya kepada pemberita selepas perhimpunan bulanan KPKM, hari Rabu.

mengulas lanjut, beliau turut berkata penggabungan 7 agensi penguatkuasaan berkenaan melibatkan keseluruhan 2,030 anggota penguat kuasa dan 14 akta, bagi memastikan penguatkuasaan lebih optimum agar isu ketirisan dan penyeludupan dapat dibendung dengan lebih berkesan.

Pada masa sama, beliau berkata reformasi pentadbiran turut dilaksanakan di Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) dan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dalam masa terdekat.

Sukacita saya ingin umumkan bahawa melalui langkah yang diambil, KPKM adalah kementerian pertama menyahut seruan perdana menteri untuk melaksanakan agenda reformasi perkhidmatan awam melalui penggabungan penguat kuasa di bawah KPKM, katanya.

PALING POPULAR

To Top