Cinta

8 Fakta Tentang Wanita Yang Lelaki Perlu Tahu!

Bagi lelaki, wanita ni boleh dikatakan sangat complicated. Itu tak kena, ini tak kena. Sampai susah nak baca apa yang ada difikiran mereka.

Tapi, lelaki perlu tahu bahawa wanita dilahirkan sebagai insan yang penuh dengan emosi.

So, anda sebagai lelaki merasakan wanita ni sebenarnya sukar untuk difahami, anda silap! Korang perlu tahu 8 perkara ini barulah hubungan dengan pasangan tiada masalah!

1. Wanita sangat sukakan pujian

Ini memang sifat semulajadi wanita. Mereka sangat gemarkan pujian lebih-lebih dari orang yang mereka suka atau sayang.

2. Wanita adalah makhluk paling sensitif bila datang bulan

Sejenis sindrom datang bulan (PMS). Jangan main-main waktu ni deorang boleh bertukar jadi singa jadian tau.

3. Jangan lupa tarikh lahir mereka atau hari istimewa

Wanita sentiasa menunggu wish ‘Happy Birthday’ daripada orang yang mereka sayang walaupun tak ada hadiah. Kalau lelaki ingat tarikh penting ni pun dah lebih daripada cukup dan mereka akan rasa sangat dihargai.

4. Wanita akan ingat walaupun perkara kecil

Sebab tu kalau lelaki mungkir janji, mereka akan ingat sampai hujung nyawa! Belum lagi kalau mereka ungkit cerita lima tahun lepas.

5. Sibuk mana pun, luangkan masa untuk mereka

Wanita ni sejenis manusia yang mudah kecil hati. Kalau korang tak hiraukan mereka, mulalah fikiran sampai ke bulan. Macam-macam boleh dorang fikir okay. Dekat sini la keluar cerita yang korang dah tak sayangkan mereka lagi.

7. Bila wanita sudah angkat kaki, tiada lagi peluang kedua

Ini antara kekuatan seorang wanita. Jika mereka sudah meninggalkan lelaki tersebut, takkan ada lagi peluang kedua. Mungkin perasaan sayang tu masih ada, tetapi perasaan benci kerana disakiti itu telah melebihi segala-galanya.

8. Perempuan memang suka makan

Lepas tu mulalah bising badan dah gemuk! Mula la rasa tak konfiden dan merasakan anda sudah tidak sukakan mereka.

9. Bila wanita cemburu, mereka boleh jadi sehebat Detective Conan

Ini antara kelebihan wanita. Mereka boleh jadi penyiasat secara senyap tanpa disyaki oleh si lelaki. Kalau boleh, sampai lubang cacing pun mereka selidik.

SUMBER

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top