Umum

8 Tahun Terlepas Pandang Bayar Cukai Jalan, Kereta Bentley Disita

Gambar JPJ

Sebuah kenderaan mewah jenis Bentley Continental disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) selepas didapati gagal memperbaharui lesen kenderaan motor (LKM) dan insurans selama lapan tahun.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Hamidi Adam berkata, pemandu kenderaan berkenaan yang merupakan seorang ahli perniagaan wanita ditahan dalam Ops Khas Luxury di Jalan Tun Razak, semalam.

Menurut beliau, semakan mendapati kenderaan tersebut milik wanita berkenaan dan dia melakukan beberapa kesalahan termasuk LKM tamat tempoh, tiada perlindungan insurans serta tidak memiliki lesen memandu kompeten (CDL).

“Siasatan mendapati LKM dan insurans kenderaan mewah itu tidak diperbaharui sejak 2018.

“Wanita itu memberi alasan terlepas pandang kerana sebelum ini urusan memperbaharui LKM dan perkara berkaitan diuruskan oleh ahli keluarga,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau berkata, kenderaan berkenaan telah disita untuk tindakan lanjut mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top