Umum

Langgar peraturan ceriman gelap boleh dikenakan denda 2,000 atau penjara 6 bulan.

Pemandu atau pemilik kenderaan yang melanggar peraturan cermin gelap boleh didenda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan tidak melebihi tempoh 6 bulan bagi kesalahan pertama.

Bagi sabitan berikutnya pula, denda tidak melebihi RM4,000 atau penjara tidak lebih 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.

Perkara itu telah diumumkan oleh JPJ melaui sebuah kenyataan.

Ia juga berkata, Kementerian Pengangkutan melalui JPJ pada Mei 2019 telah memperkenalkan peraturan baharu mengenai pemakaian cermin gelap kepada kenderaan persendirian.

“Peraturan baharu tersebut telah diwartakan di bawah Kaedah-kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991 (Pindaan 2019).

JPJ dalam kenyataan itu menerangkan, “Peraturan-peraturan tersebut telah menetapkan bahawa Kadar Ketelusan Cahaya (VLT) bagi cermin kenderaan yang dibenarkan ialah Subkaedah (1) iaitu cermin hadapan kenderaan 70 peratus, Subkaedah (3), cermin tepi sisi kiri kanan pemandu 50 peratus dan Kaedah 12(1)(b), cermin sisi bahagian belakang dan cermin belakang 0 peratus.”

Tambah kenyataan itu, JPJ tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas kepada pemandu atau pemilik kenderaan yang gagal mematuhi peraturan penggunaan cermin gelap yang ditetapkan.

Berdasarkan rekod, JPJ telah mengeluarkan sebanyak 108,428 notis kesalahan yang melibatkan cermin gelap sejak tahun 2019.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 17,218 telah dikenakan saman JPJ(P)22,” tambahnya lagi.

Bagaimanapun, selaras dengan peraturan penggunaan cermin gelap kepada kenderaan persendirian, mana-mana individu atas faktor keselamatan atau kesihatan boleh memohon kelulusan untuk menggunakan cermin gelap dengan cara memohon melalui pos atau portal JPJ www.jpj.gov.my.

Sehubungan itu, JPJ berkata, “Sehingga kelulusan diperoleh, mana-mana individu hendaklah mematuhi peraturan yang sedang berkuat kuasa.”

“JPJ juga ingin menasihati orang awam supaya sentiasa mematuhi peraturan-peraturan sedia ada yang telah ditetapkan,” ujarnya.

JPJ dalam kenyataan tersebut, mengingatkan orang awam untuk memberi kerjasama kepada pihaknya sekiranya terlihat kenderaan yang tidak mematuhi peraturan ini dengan menyalurkan aduan secara langsung melalui e-Aduan@JPJ di aplikasi MyJPJ.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top