Umum

Pemuda Orang Asli dipercayai maut dibaham harimau

Foto Kredit Harian Metro / Penduduk

Seorang lelaki Orang Asli dari Kampung Sugi, Pos Pasik dipercayai maut dibaham harimau ketika keluar menyumpit.

Menurut laporan di Harian Metro, penduduk kampung terjumpa mayat Pisie Amud yang berusia 25 tahun dengan cakaran haiwan liar di kepala dan badan selain sebelah kaki kirinya sudah hilang.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan tidak pulang ke rumah dari keluar menyumpit di kawasan berhampiran kampungnya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo mengesahkan menerima makluman kejadian yang berlaku di Pos Pasik itu.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top