Umum

Bayi menghadapi jantung berlubang memerlukan sumbangan

Foto kredit Sinar Harian

Seorang bayi yang menghadapi masalah jantung berlubang memerlukan sumbangan untuk membantu membiayai kos pembedahan segera dianggarkan antara RM30,000 hingga RM80,000.

Bayi perempuan berusia 2 minggu, Nur Aina Aralyn Yazid, disahkan mengalami masalah tetralogy of fallot (TOF) with pulmonary atresia (TOF-PA) dan major aortopulmonary collateral arteries.

Menurut bapanya, Yazid Anuar tanpa pembedahan, keadaan anak bongsunya itu akan menjadi bertambah teruk dan berkemungkinan mengalami kegagalan jantung dan tekanan paru-paru yang tinggi.

Jelasnya lagi, doktor memaklumkan saluran peparu anaknya tiada manakala saluran ke jantung pula terbalik malah terdapat dua lubang di jantung sekali gus memerlukan pembedahan ‘bypass’ supaya dapat bernafas dengan normal

Yazid turut mengakui bahawa gajinya sebagai penyelia ladang bersama isterinya, Nor Atiqah Sujak yang bekerja sebagai juru solek sambilan menyebabkan mereka tidak mampu menanggung kos pembedahan bayi mereka yang kini sedang dirawat di NICU Hospital Sungai Buloh.

Beliau juga dilaporkan berkata hanya pembedahan dapat menyelamatkan nyawa anaknya dan perkara ini juga telah mendapat perhatian majikannya yang juga berhasrat untuk menanggung kos pembedahan anaknya.

Bagaimanapun, bagi yang masih ingin membantu boleh menyalurkan sumbangan kepada keluarga ini menerusi akaun bank Maybank 158088374271 milik Nor Atiqah.

 

 

Sumber Sinar Harian

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top