Umum

1000 perserta memeriahkan program Jom Bersih Bukit Bintang

Gambar DBKL

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melalui Local Agenda 21 Kuala Lumpur (LA21KL) dan Jabatan Alam Sekitar WPKL telah menganjurkan Jom Bersih Bukit Bintang ke-20 dengan tema “Alam Sekitar Tanggungjawab Bersama”.

Program yang dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Badrul Hisham, Pengarah Jabatan Kebudayaan, Kesenian, Pelancongan & Sukan, DBKL mewakili Datuk Bandar telah menyaksikan seramai 1000 orang peserta dari 44 organisasi kerajaan, swasta, institusi dan NGO hadir memeriahkan program ini.

Program Jom Bersih adalah sebuah acara yang dianjurkan dua kali setahun sebagai salah satu aktiviti untuk mencapai matlamat SDG ke 11 iaitu Bandar dan Komuniti Mampan.

Termasuk usaha-usaha meningkatkan tahap kebersihan dan keindahan bersama komuniti disamping memberi kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan menjaga kebersihan dan alam sekitar.

Menurut DBKL, acara ini juga bertujuan untuk menanam rasa sayang komuniti setempat dalan menjaga dan memulihara alam sekitar dan kebersihan persekitaran, bekerjasama dengan rakan kongsi dan masyarakat setempat serta menggalakkan amalan sihat dikalangan warga kota.

“Selain aktiviti gotong royong, juga diadakan kempen-kempen kesedaran berkaitan penjagaan alam sekitar, kebersihan dan penjagaan kesihatan yang disampaikan oleh rakan kongsi,” katanya.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top