Umum

Pengguna KTM boleh guna Kad Kredit, Kad Debit, Touch n Go bermula pertengahan November

Gambar FB KTMB

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan membolehkan pengguna komuter di Lembah Klang menggunakan keadah pembayaran terbuka bermula pertengahan bulan November 2023.

Penggunaan kad kredit, kad debit, Touch n Go dan kod QR akan dibolehkan menerusi aplikasi mobile KITS.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke berkata “penaiktarafan sistem tiket atau Automatic Fare Collection (AFC) kini hampir selesai di kesemua 57 stesen KTMB di sekitar Lembah Klang.”

Pengguna KTMB akan dapat menikmati kemudahan baru di kesemua 57 stesen KTMB Komuter di Lembah Klang mulai pertengahan bulan November.

Jelasnya, “semua stesen itu akan dilengkapi dengan alat pengimbas di gantri yang menyokong kaedah pembayaran terbuka termasuk kad kredit, kad debit, Touch-n-Go dan Kod QR melalui KITS.”

Loke juga berkata, sistem pembayaran terbuka melibatkan rangkaian perkhidmatan rel di Lembah Klang dijangka siap sepenuhnya pada Ogos 2025.

Katanya, Prasarana sedang memuktamadkan pelan pelaksanaan tersebut untuk rangkaian Rapid Rail merangkumi Laluan LRT Kelana Jaya, Laluan LRT Ampang, Laluan MRT Kajang, Laluan MRT Putrajaya dan Monorail.

Dikatakan sistem baru ini akan memperkenalkan penggunaan MyDebit dan Kad Kredit sebagai mod pembayaran tambahan di gantri selain kaedah pembayaran sedia ada menggunakan kad Touch-n-Go atau token.

Kerja-kerja ‘Design and Development’ dijangka bermula pada Mac 2024 dimana Prasarana akan mengambil tempoh 11 bulan iaitu sehingga Februari 2025 untuk menyiapkan 50 peratus daripada gantri di setiap stesen untuk menerima kaedah pembayaran terbuka.

Tambahnya, sekiranya perlu, sistem ini akan terus diperkembangkan dengan membolehkan penggunaan mod pembayaran yang lain seperti Kod QR dalam fasa pelaksanaan seterusnya.

“Menjelang Ogos 2025, semua gantri di setiap stesen akan siap,” katanya.

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top