Sokongan bagi sistem operasi Windows 10 akan dihentikan dan tidak akan dikemas kini pada tahun 2025.
Menurutnya, sokongan tampalan sekuriti bulanan akan disambung selama tiga tahun lagi secara bayaran tahunan.
Pelan Extended Security Updates (ESU) ini ditawarkan kepada syarikat dan juga pengguna individu dengan bayaran adalah untuk setiap mesin yang ingin terus disokong, dan akan mengandungi kemas kini kritikal dan penting.
Walaupun Windows 10 akan terus disokong menerusi bayaran tahunan, pengguna disyorkan untuk bertukar menggunakan sistem operasi Windows 11, yang pada ketika ini hanya digunakan 400 juta komputer.
Dengan ESU pemilik komputer boleh meneruskan penggunaan komputer Windows 10 selama tiga tahun lagi sebelum perlu membeli komputer baharu.
Microsoft belum lagi berkongsi bayaran yang akan dikenakan kepada pelanggan ESU apabila ia ditawarkan kelak.