Umum

Lelaki usia 20 tahun ditahan disyaki meliwat kanak-kanak usia 12 tahun 30 kali

Gambar Hiasan

Polis menahan seorang lelaki berusia 20 tahun selepas disyaki meliwat seorang kanak-kanak berusia 12 tahun sebanyak 30 kali di sebuah asrama lelaki saudara baharu di Melaka Tengah, sejak Mei lalu.

Menurtu Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah, detik hitam yang dipendam mangsa selama tujuh bulan itu terbongkar apabila tidak tahan kerap diganggu oleh suspek dan menceritakan perkara sebenar kepada bapanya.

Kejadian pertama dipercayai berlaku kira-kira pukul 3 pagi semasa mereka berada di bilik asrama sebelum berlarutan termasuk di tandas asrama.

“Pada kejadian pertama 14 Mei lalu, suspek yang juga rakan sebilik mangsa telah mengejutkannya dari tidur dan bertindak meliwat mangsa tanpa kerelaan sebelum kejadian sama berulang keesokannya.

“Kira-kira seminggu kemudian suspek telah membawa mangsa ke tandas asrama dan menyuruhnya untuk meliwat suspek dan disebabkan berasa takut, pengadu mengikut sahaja kehendak suspek,”katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut katanya, mangsa kemudian bertindak menceritakan kejadian itu kepada bapanya pada Ahad lalu sebelum bapanya itu menghubungi suspek dan memintanya datang ke rumah.

“Kira-kira pukul 11.45 pagi suspek telah datang ke rumah mangsa sebelum tiga anggota polis dan lapan anggota RELA tiba di lokasi dan membawa suspek ke balai polis.

“Mangsa ini tinggal di asrama lelaki sejak April 2023 kerana ibunya yang merupakan Pembantu Guru Mualaf bekerja sambil belajar dan tinggal di asrama wanita yang mana mangsa tinggal di asrama bagi memudahkannya untuk ke sekolah,”tambahnya.

Suspek yang berasal dari Kepala Batas, Pulau Pinang dan tidak bekerja itu kini direman enam hari bermula semalam hingga 30 Disember ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 14(d) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top