Seorang pelajar Tingkatan 5 maut selepas motosikal ditunggangnya dipercayai berlanggar dengan beberapa motosikal lain di KM7.8 Lebuhraya Guthrie awal pagi tadi.
Menurut laporan, kejadian kira-kira 4 pagi itu berlaku di laluan berselekoh menaiki bukit apabila empat motosikal dipercayai hilang kawalan dan berlanggar sesama sendiri.
“Akibat perlanggaran itu, mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 15ZR tercampak ke tengah penghadang besi jalan dan meninggal dunia di lokasi kejadian.
“Penunggang motosikal yang lain dipercayai melarikan diri dan kini mereka sedang dikesan. Di lokasi kejadian, terdapat banyak komponen kenderaan yang pecah dan bersepah atas jalan.
“Tiga lagi motosikal terbabit dalam kemalangan itu dipercayai membabitkan dua jenis Yamaha LC dan sebuah Yamaha Y15ZR, namun identiti penunggangnya belum dapat dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan, hari Ahad.
Shafa’aton berkata, mangsa yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Adi Abd Latif, berasal dari Puchong, Selangor.
Katanya, tiga lagi motosikal yang terbabit dalam kemalangan itu dipercayai dua jenis Yamaha LC dan satu Yamaha Y15ZR, namun identiti penunggangnya belum dapat dikenal pasti.
Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Pihak yang mempunyai maklumat berhubung kejadian ini diminta menghubungi pegawai penyiasat trafik Hasanal Hasif Johari di talian 019-2264650.