Sports

Sin Li Jane, Atlet Malaysia memenagi Kejohanan Terbuka Wanita AS

Gambar FWBA

Pemain boling wanita negara Sin Li Jane melakar sejarah sebagai atlet Malaysia pertama memenangi Kejohanan Terbuka Wanita Amerika Syarikat di Royal Pin Woodland, Indianapolis, pada hari Selasa.

Atlet negara berusia 32 tahun itu memperoleh kejayaan dengan menewaskan pemain Latvia Diana Zavjalova 226-214 pada perlawanan akhir ‘stepladder’.

Keputusan itu sekali gus menyaksikan Li Jane sebagai wakil Asia kedua memenangi kejohanan tersebut selepas Shinobu Saitoh dari Jepun pada 1982.

Kejohanan itu mula diperkenalkan pada 1949 dan pencapaian terbaik pemain boling Malaysia sebelum ini adalah menerusi Shalin Zulkifli yang menduduki tempat ketiga pada 2008.

Li Jane membawa pulang hadiah wang USD60,000 (kira-kira RM282,900) selain jaket hijau kejuaraan dan trofi, manakala naib juara menerima USD30,000 (kira-kira RM141,500)

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top