Umum

Gagal larikan diri curi kabel, lelaki maut terjatuh pangsapuri

Gambar Hiasan

Seorang lelaki disyaki gagal melarikan diri ketika mencuri kabel, maut jatuh pangsapuri dalam kejadian di Kajang Utama pada Rabu.

Menurut Ketua Polis Kajang Naazron Abdul Yusof, suspek berusia 29 tahun terjatuh ketika menyedari kehadiran pengawal keselamatan dengan bertindak melompat ke aras lain melalui balkoni, namun tergelincir lalu terjatuh ke tingkat 4.

Suspek disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik Hospital Kajang, dalam kejadian pada 8 pagi itu.

“Semasa kejadian kedua-dua suspek disyaki telah menyedari kehadiran pengawal keselamatan lalu bertindak menyembunyikan diri namun gagal.

“Apabila salah seorang suspek dapat ditahan oleh pengawal itu, seorang lagi suspek cuba melarikan diri dengan melompat ke aras lain melalui balkoni, namun tergelincir,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, Naazron berkata, suspek berusia 31 tahun itu ditangkap bersama 6 gelung wayar tembaga selain beberapa peralatan memotong wayar kabel turut dirampas.

“Semakan ke atas suspek ditangkap mendapati mempunyai lapan rekod jenayah lampau serta positif methamphetamine. Suspek maut turut dikesan mempunyai 10 rekod jenayah lampau,” katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 431A Kanun Keseksaan, manakala suspek maut terjatuh diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

 

 

PALING POPULAR

To Top