Setakat 4 petang, sebanyak 57.77% daripada jumlah 39,151 pengundi Sungai Bakap keluar melaksanakan tanggungjawab pada PRK hari ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Pada 8 pagi tadi, sembilan pusat pengundian melibatkan 65 tempat mengundi atau saluran bagi dibuka serentak dan kesemuanya akan ditutup pada 6 petang.
Proses penjumlahan undi dijangka berlangsung di Dewan Serbaguna Jawi, Taman Desa Jawi, selepas pusat pengundian ditutup.
PRK ini menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) Joohari Ariffin dan calon Perikatan Nasional (PN) Abidin Ismail.
PRK diadakan susulan kematian penyandangnya, Nor Zamri Latiff pada 24 Mei lepas akibat keradangan dalam perut.