Dokumen jawapan kepada Laporan Ketua Audit Negara 2024 mendedahkan pembelian Menara Ikhlas di Putrajaya yang dibatalkan oleh Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) mengikut semua prosedur dalam perjanjian RM202.5 juta.
Menurut laporan FMT, dokumen tersebut dilihat menunjukan syarikat itu menandatangani perjanjian pajakan beli bukannya jual beli kebiasaannya.
Ia berkata, bawah perjanjian itu, syarikat membayar deposit RM120 juta, dengan baki RM82.5 juta dijelaskan dalam tempoh 10 tahun menerusi ansuran RM687,500 bagi 120 bulan.
Perjanjian itu dibangkitkan dalam laporan berkenaan dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) minggu lalu.
Laporan audit berkata pengurusan pembayaran deposit adalah ‘tidak teratur’, dengan panel pelaburan HRD Corp hanya mendapat kelulusan untuk deposit selepas pembayaran dibuat.
Bagaimanapun, dokumen itu mendedahkan garis masa keseluruhan pelaksanaan, memperincikan bahawa ia dibentangkan kepada lembaga pengarah dan diluluskan panel pelaburan HRD Corp.
HRD Corp berhasrat membeli dua menara korporat itu untuk berfungsi sebagai ibu pejabatnya pada 2021. Perjanjian itu dihentikan selepas vendor tidak dapat menyerahkan pemilikan kosong dan memindahkan hak milik.
Deposit RM120 juta itu kemudian dipulangkan kepada syarikat, ditambah dengan faedah RM3.2 juta.
Isu lain dibangkitkan laporan itu adalah mengenai pembayaran deposit ‘tidak teratur’ kepada firma guaman, dan ia tidak selaras klausa dalam perjanjian jual beli. Laporan audit berkata pembayaran dibuat kepada peguam berbeza daripada yang disebut dalam perjanjian itu.
Dalam dokumen jawapan, ia menunjukkan vendor menukar peguamnya beberapa kali ketika pelaksanaan. Surat rasmi dikemukakan dalam dokumen itu menunjukkan vendor mengarahkan pembayaran dibuat kepada peguam baru.
HRD Corp berkata, vendor mempunyai prerogatif untuk melantik mana-mana peguam dikehendakinya dan ia tidak mengubah aspek asas terma perjanjian mereka dalam apa cara sekalipun.
Sumber FMT