Umum

Polis tahan lelaki, rampas pistol dengan 18 peluru di kediamannya

Gambar Hiasan

Sepucuk pistol jenis Steyr GB Austrian 9mm dengan 18 butir peluru dirampas polis bersama seorang lelaki warga tempatan yang ditahan di kediamannya di Sungai Buaya, Hulu Selangor, Selangor pada Khamis.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd Asri Mohd Yunus, tangkapan itu dibuat susulan polis menerima laporan pada hari sama, daripada isteri suspek mengatakan mereka telah berselisih faham dan memaklumkan bahawa suaminya memiliki sepucuk pistol.

“Pemeriksaan ke atas kediaman suspek berusia 47 tahun itu turut menemui satu kelopak peluru berwarna hitam,” katanya dalam satu kenyataan hari Ahad.

Mohd Asri berkata, hasil ujian air kencing ke atas suspek didapati negatif dan suspek juga tidak memiliki sebarang rekod jenayah lampau.

“Suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 26 Julai ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971,” katanya

 

 

PALING POPULAR

To Top