Umum

Ketum perlu dijadikan komoditi negara

Gambar Hiasan

Exco Pahang Mohd Soffi Abd Razak berkata ketum perlu dijadikan sebagai salah satu produk komoditi kerana ia dilihat mampu menjana ekonomi negara.

Beliau mencadangkan kajian menyeluruh dijalankan terhadap potensi tanaman itu kerana ketika ini ia banyak digunakan di Eropah sebagai ubat.

“Nampak pada umumnya negatif, tapi kalau dimanfaatkan ia akan menjadi satu komoditi atau produk yang boleh menjana ekonomi.

Kalau kita lihat banyak mudarat dalam negara, kita proses dan eksport. Jangan jual ketum mentah sebaliknya kita proses jadikan produk…(eksport) ke negara maju yang dia tahu dia boleh kawal penggunaan, kata exco pertanian, industri asas tani, bioteknologi dan pendidikan,” kata beliau dilaporkan FMT.

Bagaimanapun, garis panduan perlu diwujudkan bagi mengelakkan penyalahgunaan dan ketum ditanam sewenang-wenang tanpa pengawasan.

Kita buat kajian dan patenkan ia, Kementerian Perladangan dan Komoditi patut buat tanaman besar-besaran dengan melihat tanah terbiar boleh kita tanam ketum, katanya.

Beliau juga Adun Benta berkata, cadangan itu dikemukakan dalam mesyuarat Menteri Perladangan dan Komoditi Johari Abdul Ghani bersama exco pertanian negeri-negeri di Putrajaya, Khamis lalu.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top