Pernahkah anda duduk untuk memulakan kerja, tetapi ada seperti lupakan sesuatu? Tidak kira betapa kuatnya anda cuba, anda tidak berupaya untuk fokus, mengalami fikiran yang lesu serta sukar mengingati maklumat penting? Anda tidak keseorangan. Keletihan otak adalah situasi di mana anda berasa letih akibat tempoh aktiviti kognitif yang berpanjangan berpunca daripada beban berlebihan pada kapasiti mental seseorang. Fakta penting yang semua perlu tahu – otak menggunakan kira-kira 20 peratus[1] daripada tenaga seharian untuk memproses maklumat dan menghantarnya melalui isyarat elektrik, menyebabkan penggunaan jumlah tenaga yang tinggi setiap hari.
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang fenomena ini, BRAND’S® Essence of Chicken baru-baru ini telah menganjurkan sidang meja bulat bersama pakar-pakar kesihatan untuk berkongsi pandangan mengenai keletihan otak. Ahli-ahli panel termasuklah Professor Dr Michael Ling, Profesor Neurosains dan Genetik dari Universiti Putra Malaysia; Nasreen Ma, Jurulatih Kesihatan Otak dari Meaningful Activation; dan Dr Hiroshi Watanabe, Pengarah Penyelidikan Kanan dari Suntory Beverage & Food Asia Pacific.
Brain Drain Dijelaskan – Pandangan Saintifik tentang Keletihan Mental
Walaupun keletihan otak sering diketepikan atau dikelirukan dengan keletihan harian biasa, ia adalah keadaan sebenar dengan asas saintifik, yang boleh meningkat dengan teruk dari semasa ke semasa jika tidak diuruskan dengan sewajarnya, lalu membawa kepada sindrom keletihan yang lebih teruk dan kronik.
Menurut Professor Dr Michael Ling, Profesor Neurosains dan Genetik dari Universiti Putra Malaysia, keletihan otak adalah satu keadaan kompleks yang masih dikaji walaupun para saintis telah mengkaji topik itu selama beberapa dekad. “Memahami mekanisme dan kesan keletihan otak boleh membantu kita mengurus tenaga mental dan produktiviti dengan lebih baik. Beban mental dalam tempoh yang berpanjangan[2] membawa kepada sensasi keletihan yang dikenali sebagai keletihan otak, yang datang dengan gejala yang berkaitan. Ini dikaitkan dengan pembentukan neurotransmitter glutamate[3] di prefrontal cortex. Dalam istilah yang lebih mudah, ia seperti berada di dalam bilik yang bising dan sesak di mana anda tidak dapat mendengar sesiapa pun.”
Semarakkan Fokus Anda – Menguruskan Keletihan Otak Melalui Amalan Kesejahteraan
Mengabaikan keletihan boleh mengakibatkan prestasi kerja berkurangan serta gangguan kepada kehidupan peribadi. Mereka yang mengalami keletihan otak boleh menguruskannya dengan lebih baik dengan perubahan gaya hidup dan pemakanan yang baik.
Nasreen Ma, Jurulatih Kesihatan Otak dari Meaningful Activation, mengulas bahawa mengatasi keletihan otak memerlukan lebih daripada secawan kopi. “Rakyat Malaysia memikul pelbagai tanggungjawab sama ada di tempat kerja mahupun dalam kehidupan peribadi – menjalani kehidupan yang pantas dan tertekan Malaysia kini berada di kedudukan ke-47 daripada 60 negara mengikut Indeks Keseimbangan Kehidupan-Kerja Global, menjadikan kita lebih terdedah kepada keletihan otak. Memahami keletihan otak merupakan langkah pertama dalam menguruskan kesihatan otak. Menjalani gaya hidup yang seimbang bermakna memberi keutamaan kepada tidur, senaman dan pergerakan terkoordinasi yang lebih perlahan dan spesifik, pengamalan kesedaran diri, pengukuhan hubungan spiritual dan sosial, pengurangan masa skrin, pemakanan yang betul dan pengamalan teknik relaksasi seperti pernafasan dalam ataupun yoga. Semua ini adalah kunci utama untuk mendapatkan semula tenaga mental anda dan menjalani kehidupan yang produktif.”
Tajamkan Fikiran Anda – Lawan Keletihan Otak Secara Semulajadi
Apabila bercakap tentang diet, asid amino memainkan peranan penting dalam meningkatkan kesihatan otak dan yang lebih penting lagi, memulihkan keletihan otak. Salah satu asid amino penting ialah L-Histidina, blok binaan protein[4] yang telah terbukti secara klinikal dapat meningkatkan prestasi kognitif[5] dan biasanya ditemui dalam makanan yang kaya protein, termasuklah pati ayam.
Dr Hiroshi Watanabe, Pengarah Penyelidikan Kanan dari Suntory Beverage & Food Asia Pacific menekankan kepentingan pengambilan makanan yang padat dengan protein. “Kajian klinikal telah membuktikan L-Histidina dan asid amino yang lain boleh menghasilkan prestasi kognitif yang positif. Walaupun istilah saintifiknya mungkin berbunyi pelik sedikit, namun amat mudah sebenarnya untuk kita meningkatkan pengambilan protein dengan memakan daging ayam, daging lembu, dan pati ayam. Ianya juga penting untuk mengambil langkah-langkah pencegahan dengan memastikan anda mendapat protein yang mencukupi sebelum fungsi kognitif mula menurun.”
Satu cara mudah untuk mencapai pengambilan asid amino penting adalah melalui BRAND’S® Essence of Chicken, yang mengandungi L-Histidina dan juga nutrien yang lain untuk meningkatkan tenaga mental anda sepanjang hari. Kajian mendapati bahawa sari pati ayam boleh meningkatkan ingatan bekerja pada orang dewasa yang sihat[6], malah meningkatkan emosi dan membuatkan peserta berasa segar dan yakin.
Eunice Kow, Ketua Pemasaran Suntory Beverage and Food Malaysia berkata, “Berdasarkan gaya hidup semasa, membincangkan topik yang kurang dibincangkan seperti ini adalah penting. Kami mahu menjadi suara sokongan bagi mereka yang bergelut dengan gejala keletihan otak. Dengan memupuk ketajaman mental dan kesejahteraan fizikal anda, anda boleh mencipta asas yang kuat untuk berjaya. Badan yang sihat menyemarakkan minda yang sihat, membolehkan anda menangani cabaran dengan fokus sambil berdaya tahan. Menggabungkan senaman dan pemakanan yang betul ke dalam rutin anda dapat memerangi keletihan otak dengan berkesan dan membuka potensi penuh anda. Ingat, minda dan badan yang sihat bukan sahaja bermanfaat; kedua-duanya adalah bahan penting untuk mencapai matlamat dan berkembang maju dalam kehidupan.”
BRAND’S® Essence of Chicken mengandungi kebaikan yang kuat dan padat dengan nutrien dalam setiap botol.