Umum

Kes culik pasangan warga asing polis tahan 10 suspek

Gambar FMT

Polis telah menahan 10 suspek dan sedang giat memburu 4 lagi berhubung kes penculikan pasangan warga asing dekat plaza tol Lebuhraya Maju (MEX) pada 11 Julai lalu.

Menurut Ketua Polis Selangor, Hussein Omar Khan, wang tunai sebanyak RM1.5 juta dan pelbagai barangan mewah serta beberapa kenderaan yang dipercayai dibeli menggunakan wang tebusan turut dirampas.

Nilai keseluruhan wang tunai dan barang rampasan berjumlah RM3.1 juta. Kami hampir menyelesaikan kes penculikan ini yang kami percaya membabitkan 18 suspek, katanya dalam sidang media di sini.

Seorang lelaki warga China dan wanita tempatan dibebaskan pada petang 15 Julai lalu di tepi Jalan Pedas-Linggi, Negeri Sembilan, kira-kira empat hari selepas diculik.

Pasangan itu dibebaskan selepas adik warga asing itu membayar wang tebusan dalam mata wang kripto berjumlah USD1,161,127 (RM5,457,290) kepada penculik.

Hussein berkata, 10 suspek ditahan itu termasuk enam lelaki dan empat wanita, manakala tiga lagi lelaki dan seorang wanita masih diburu. Semuanya warga tempatan.

Menurutnya, seorang daripada 18 suspek itu pernah menjadi pemandu peribadi mangsa lelaki dan membantu dalam penculikan berkenaan.

Awal bulan ini, polis menembak mati empat suspek dipercayai sebahagian daripada kumpulan penculikan di Johor Bahru, Johor.

 

 

Sumber FMT

PALING POPULAR

To Top