Umum

Suspek tikam 2 wanita di tandas surau ditahan

Gambar Hiasan

Suspek lelaki yang disyaki menyerang seorang jurujual dan guru besar sekolah dengan pisau rambo di tandas Surau Al-Ehsaniah Ahmadiah, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Jumaat lalu berjaya ditahan di Kajang, Selangor pagi Selasa.

Menurut Ketua Polis Petaling Jaya Shahrulnizam Ja’afar, lelaki tempatan berusia 46 tahun itu ditangkap pada jam 1.30 pagi tadi ketika bersembunyi di rumah kenalannya di kawasan berkenaan.

Polis akan membuat permohonan reman terhadap suspek di Mahkamah Petaling Jaya pagi ini bagi siasatan lanjut, katanya dalam kenyataan.

Dalam kejadian 1.30 tengah hari itu, seorang jurujual berusia 26 tahun mengalami kecederaan kepala dan perut manakala guru besar berusia 52 tahun mengalami luka pada lengan dan tangan kiri akibat diserang lelaki itu.

Setakat ini tujuh orang saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

 

 

PALING POPULAR

To Top