Umum

SPR tetapkan PRK Mahkota pada 28 September

Gambar Hiasan

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK DUN Mahkota pada 28 September 2024 dengan penamaan calon pada 14 September 2024.

Menurut Pengerusi SPR, Ramlan Harun, undi awal pula akan diadakan pada 24 September 2024.

PRK DUN Mahkota di Johor melibatkan 66,318 daftar pemilih hingga 2 Ogos.

Pada sidang media di Putrajaya, beliau berkata, tempoh berkempen ditetapkan 14 hari bermula selepas pengisytiharan calon bertanding hingga 27 September 2024.

Katanya, PRK Mahkota memerlukan perbelanjaan RM2.4 juta.

“Seramai 1,126 orang petugas akan dilantik bagi mengendalikan proses PRK Mahkota.

“Manakala, sebanyak 20 pusat mengundi biasa yang mengandungi 109 tempat mengundi/saluran dan tiga pusat mengundi awal mengandungi 11 tempat mengundi/saluran awal akan digunakan.

Keseluruhan jumlah pusat mengundi adalah sebanyak 23 dengan 120 tempat mengundi/saluran, katanya.

Kerusi DUN Mahkota kosong susulan kematian penyandangnya Syarifah Azizah Syed Zain pada 2 Ogos.

Pada PRN Johor Mac 2022, Sharifah menang kerusi DUN Mahkota mewakili Barisan Nasional (BN) dengan 16,611 undi dan majoriti 5,166.

 

 

PALING POPULAR

To Top