Umum

RON97 dan Diesel turun 5 sen

Harga jualan runcit petrol RON97 dan diesel di Semenanjung turun 5 sen masing-masing kepada RM3.42 dan RM3.18.

Menurut Kementerian Kewangan dalam kenyataan, harga baru itu akan bermula esok 29 Ogos hingga 4 September.

Bagaimanapun, harga runcit petrol RON95 kekal pada RM2.05 seliter.

Harga runcit diesel di Sabah, Sarawak, dan Labuan pula kekal RM2.15 seliter.

Seiring dengan penurunan harga pasaran minyak dunia, kerajaan memutuskan untuk mengurangkan harga runcit petrol RON97 sebanyak 5 sen kepada RM3.42 seliter dan harga runcit diesel di Semenanjung sebanyak 5 sen seliter kepada RM3.18 seliter, bagi tempoh 29 Ogos 2024 hingga 4 September 2024.

Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaraskan harga runcit diesel dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga, kata kenyataan itu.

PALING POPULAR

To Top