Umum

Jakim bagi penjelasan isu tular status Halal premis makanan

Bahagian Hab Halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw adalah bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Dalam satu kenyataan, Jakim berkata satu surat yang dikeluarkan jabatan itu dan tular di media sosial adalah bagi menjawab pertanyaan mengenai status halal beberapa premis makanan.

Dalam satu kenyataan, Bahagian Hab Halal Jakim berkata premis Johnny’s Restaurant, Black Canyon, Dolly Dim Sum, Mr Dakgalbi dan Bungkus Kaw Kaw adalah bukan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia.

Jakim berkata satu surat yang dikeluarkan jabatan itu dan tular di media sosial adalah bagi menjawab pertanyaan mengenai status halal beberapa premis makanan.

Menurutnya, pertanyaan tersebut diajukan melalui melalui Sistem Pengurusan Aduan Awam (SISPAA) Jakim.

Justeru, maklum balas yang disediakan oleh jabatan ini telah dijana melalui SISPAA, katanya.

Katanya, berdasarkan semakan semula melalui

Kenyataan tersebut turut menyatakan hanya 4 cawangan Ayam Penyet Best mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.

Portal Halal Malaysia mendapati empat cawangan Ayam Penyet Best mempunyai Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang masih sah.

Jabatan ini mengemukakan semula makluman kepada individu yang bertanya melalui emel pada 2 September iaitu hari yang sama maklum balas atas pertanyaan yang diajukan, katanya.

Menurutnya, orang ramai yang mahu menyemak status halal bagi mana-mana premis atau produk boleh dibuat menerusi Portal Halal Malaysia.

 

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top