Umum

Kereta terjunam jambatan, pemandu nyaris maut

Seorang lelaki berusia 53 tahun nyaris maut selepas kereta yang dipandunya terjunam kira-kira 30m dari Jambatan Syed Abdul Aziz di Melaka pagi Rabu.

Menurut laporan media, Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit berkata, kejadian berlaku pada kira-kira 5.30 pagi ketika lelaki berusia 53 tahun itu sedang memandu dari arah pusat bandar menghala ke Limbongan.

Lelaki itu dipercayai terlelap, menyebabkan kereta yang dipandunya terbabas ke bahu jalan dan melanggar penghadang sebelum terjatuh ke bawah jambatan tersebut.

Lelaki yang mengalami kecederaan di bahagian badan dan kaki kanan itu kemudian dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan, katanya, lapor Bernama.

Christopher berkata, polis sedang berusaha mengesan saksi kejadian dan kes disiasat bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59).

 

PALING POPULAR

To Top