Umum

Kadar gaji minima naik ke RM1700

Kerajaan bersetuju menaikkan kadar gaji minimum daripada 1,500 ringgit sebulan kepada 1,700 ringgit sebulan yang akan berkuat kuasa mulai 1 Februari 2025.

Bagaimanapun, kerajaan turut memutuskan penangguhan kuat kuasa gaji minimum 1,700 ringgit membabitkan majikan yang mempunyai kurang daripada lima pekerja bagi tempoh 6 bulan iaitu berkuat kuasa pada 1 Ogos 2025.

Perkara tersebut diumumkan Perdana Menteri Anwar Ibrahim ketika pembentangan Belanjawan 2025 petang tadi.

Bagi penggajian perjawatanan lain, kerajaan menerusi Kementerian Sumber Manusia akan menerbitkan garis panduan gaji permulaan bagi semua sektor pekerjaan untuk rujukan pekerja.

Sebagai contoh, gaji permulaan Juruteknik Industri dan Pengeluaran (2,290 ringgit), Jurutera Mekanikal (3,380 ringgit) dan Profesional Pereka Kandungan Kreatif (2,985 ringgit).

Dalam ucapan tersebut, beliau yang juga Menteri Kewangan turut menyent Dasar Gaji Progresif sambil menyatakan Dasar Gaji Progresif ialah ikhtiar Kerajaan MADANI untuk mereformasi pasaran buruh dengan matlamat meningkatkan pendapatan pekerja.

Dasar ini sudah mula dilaksana secara rintis pada Jun lalu dan akan dikuatkuasakan sepenuhnya pada tahun hadapan. Dasar Gaji Progresif diperuntukkan 200 juta ringgit dan akan memanfaatkan 50 ribu pekerja

PALING POPULAR

To Top