Umum

Belanjawan 2025, Kementerian Kesihatan terima peruntukan kedua tertinggi

Belanjawan 2025 menyaksikan Kementerian Kesihatan menerima peruntukan kedua tertinggi iaitu 45.3 bilion ringgit berbanding 41.2 bilion ringgit pada belanjawan lalu.

Dalam pembentangan Belanjawan 2025, Kementerian Kesihatan diumumkan akan melaksanakan sistem kerja baharu di hospital dan klinik kesihatan secara bersasar.

Bagi fasiliti kesihatan yang mengguna pakai sistem ini, Kerajaan bersetuju supaya Elaun Tugas Atas Panggilan dinaikkan antara 55 ringgit hingga 65 ringgit kepada Pegawai Perubatan dan Pegawai Pergigian mengikut bidang perkhidmatan dan Jabatan tertentu.

Sehubungan itu, sejumlah 1.35 bilion ringgit disediakan bagi menyelenggara prasarana kesihatan termasuk membaiki tandas hospital yang uzur dan wad-wad pesakit yang usang.

Selain itu, bagi mengukuhkan Pusat-pusat Kecemerlangan yang telah dikenal pasti, Kerajaan menyediakan peruntukan 100 juta ringgittermasuk untuk perolehan peralatan terkini. Di samping pusat kecemerlangan sedia ada, Kerajaan juga sedang melaksanakan kerja-kerja awalan bagi menubuhkan Pusat Kanser di Kuching dan Hospital Pakar Jantung di Kota Kinabalu.

Sementara itu, kerajaan turut bercadang memperluas skop pelepasan cukai pendapatan individu ke atas perbelanjaan perubatan meliputi bayaran ujian pengesanan penyakit, pembelian peralatan pemeriksaan kesihatan dan kit ujian pengesanan penyakit sebagai langkah ke arah amalan penjagaan kesihatan kendiri.

 

 

PALING POPULAR

To Top