Business

Columbia Asia guna tenaga solar di 9 hospital

Columbia Asia (CA), salah sebuah rangkaian hospital swasta terbesar di Malaysia dan sebahagian daripada Asia OneHealthcare (A1Health), telah berjaya menyiapkan pemasangan panel solar di sembilan hospitalnya di seluruh Malaysia, melambangkan komitmen CA untuk memacu perkhidmatan kesihatan lestari ke arah persekitaran yang lebih hijau.

Sistem panel solar telah diaktifkan hasil usahasama dengan Solarvest Energy Sdn Bhd (Solarvest) dan telah menjana tenaga yang diperbaharui sejak ianya dipasang bermula Disember 2023. Menggunakan sel solar yang menukar tenaga matahari kepada tenaga elektrik, sistem ini boleh menjanakan sebanyak 4.039 Gigawatt hours (GWh) setahun – bersamaan dengan kuasa untuk menyalakan 34,400 mentol lampu setiap tahun, dan juga mengurangkan penjanaan gas karbon dioksida sebanyak 2,505 tan. Sistem ini juga telah memenuhi potensi menjimatkan kos, dan telah menghasilkan penjimatan kos tenaga sebanyak RM2.7 juta sejak projek ini dimulakan.

Di Columbia Asia, kami sentiasa mencari cara-cara yang inovatif untuk meningkatkan kualiti penjagaan pesakit kami. Sistem panel solar ini bukan sahaja dapat membantu kami mengurangkan impak alam sekitar tetapi juga membolehkan kami melabur semula dalam menaik taraf kemudahan dan perkhidmatan kami, memastikan pesakit kami menerima penjagaan yang terbaik,” ulas Mohd Kamarul Salleh, Naib Presiden, Perkhidmatan Sokongan di Columbia Asia. “Usahasama dengan Solarvest untuk projek tenaga solar ini menandakan satu langkah penting ke arah Columbia Asia untuk mengurangkan jejak karbon alam sekitar dan menjadi lebih peka tentang penjimatan tenaga. Sistem panel solar ini juga mengurangkan penjanaan gas karbon dioksida serta menjimatkan kos yang boleh dilaburkan semula ke projek-projek untuk menaiktaraf kemudahan sedia ada serta menambahbaik mutu perkhidmatan untuk pesakit kami.”

Projek pembinaan panel solar ini telah dilaksanakan dalam dua peringkat untuk melengkapkan 11 bangunan di sembilan hospital Columbia Asia di seluruh Malaysia. Ini bermula dengan projek pertama di Hospital Columbia Asia – Iskandar Puteri, dan diikuti oleh lokasi-lokasi lain di Tebrau, Setapak, CherasPetaling Jaya, Bukit Rimau, Klang, Seremban, dan Taiping.

“Sejajar dengan matlamat Malaysia untuk pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050, kami komited untuk menjadi penanda aras industri dan memberi inspirasi kepada organisasi-organisasi penjagaan kesihatan lain untuk mengambil langkah yang sama. Dengan mempraktikkan amalan mesra alam dan beralih kepada sumber tenaga yang lebih hijau, kami berhasrat untuk mengurangkan saiz jejak karbon kami. Kami juga percaya dengan tindakan bersepadu oleh seluruh industri penting bukan sahaja untuk menjaga alam sekitar, malah bagi memastikan bekalan tenaga yang lebih berdaya tahan dan kos efektif untuk jangka masa panjang,” sambung Kamarul lagi.

Selain daripada sistem panel solar, hospital-hospital CA serta lain-lain fasiliti kesihatan di bawah A1Health menjalankan pelbagai inisiatif polisi mesra alam, lantas menyokong matlamat negara. Ini termasuklah Pelan Hala Tuju Tenaga Boleh Baharu Malaysia (MyRER) yang diperkenalkan pada 2021 oleh Kementerian Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) dan juga Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) yang merupakan sebahagian daripada Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030). Kedua-dua pelan ini mempromosikan penggunaan tenaga solar sebagai sumber tenaga boleh diperbaharui. CA juga akan menghapuskan penggunaan anestesia desflurane – agen anestesia yang kuat yang mempunyai pelepasan gas rumah hijau yang lebih tinggi daripada pilihan anestesia lain, mengurangkan penggunaan plastik sekali-guna, memasang stesen pengecas kenderaan elektrik, dan memasang lampu LED di semua hospital-hospital CA di masa akan datang.

 

PALING POPULAR

To Top