Umum

PLKN bermula Januari depan

Gambar Hiasan

Timbalan Menteri Pertahanan Adly Zahari berkata Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Januari tahun hadapan.

Menurut beliau, program rintis itu melibatkan kira-kira 500 peserta di dua kem tentera, di Kuala Lumpur dan Pahang sebelum diperluaskan ke 13 kem di seluruh negara menerusi pelaksanaan penuh pada 2026.

“Pada tahun hadapan, kerajaan memperuntukkan RM50 juta untuk memulakan PLKN 3.0. Kalau ikut perancangan awal (bermula) pertengahan 2025 tetapi terdapat keperluan untuk dilaksanakan lebih awal.

“Kita tumpukan di dua kem untuk dijadikan projek perintis PLKN 3.0 sebelum dilaksanakan secara lebih besar pada Jun tahun hadapan,” katanya kepada pemberita di Hutan Percha.

Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Jiwa Murni Peringkat Melaka yang turut dihadiri Panglima 3 Divisyen Zahari Mohd Ariffin.

Adly berkata jumlah peserta PLKN 3.0 akan ditambah pada pengambilan Jun dengan menyasarkan peserta berusia 16 hingga 35 tahun dalam kalangan pelajar tingkatan empat, lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan pelajar institusi pengajian tinggi.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top