Umum

Sarawak kaji jana tenaga guna air laut

Gambar UKAS

Sarawak berhasrat mengkaji kemungkinan membangunkan penjanaan tenaga di laut menggunakan teknologi yang dikenali sebagai Penukaran Tenaga Terma Laut (OTEC).

Menurut Premier Sarawak Abang Johari Tun Openg, ini adalah satu lagi usaha berterusan kerajaan untuk mencari sumber tenaga yang boleh diperbaharui selain gas, hidroelektrik dan solar.

Beliau berkata Setiausaha Kerajaan Sarawak Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki bersama pegawainya telah diminta menjalankan kajian kemungkinan itu.

“Mungkin Sarawak mempunyai sumber baharu daripada tenaga hijau ini, mudah-mudahan mereka berjaya membuat penerokaan tenaga yang baharu ini,” katanya ketika berucap pada Majlis Makan Malam Sambutan Ulang Tahun ke-85 Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak.

Yang Dipertua Negeri Sarawak Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan isteri, Fauziah Mohd Sanusi, menjadi tetamu kehormat majlis itu.

 

 

Sumber : FMT

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top