Malaysia Airlines menawarkan peluang penjimatan hebat untuk pengembara dengan diskaun sehingga 15% di semua laluan, eksklusif untuk pembelian yang dibuat terus melalui laman web Malaysia Airlines. Bermula sekarang sehingga 2 Disember 2024, manfaatkan tawaran dalam talian ini dan tempah perjalanan anda dari sekarang* hingga 31 Oktober 2025; menjadikannya peluang terbaik untuk merancang pengembaraan anda hingga ke tahun baru.
Dengan pelancaran kempen global terbaharunya, ‘MH Online Specials’, Malaysia Airlines memberi inspirasi kepada pengembara untuk beralih ke digital dan memulakan pengembaraan mereka melalui ciri-ciri tempahan yang dipertingkatkan yang boleh didapati secara mudah di laman web dan aplikasi mudah alih syarikat penerbangan ini. Dengan menempah secara langsung, pengembara akan menikmati pengalaman perjalanan yang disesuaikan dan lancar, dari memilih tempat duduk pilihan sehingga memesan makanan kegemaran mereka. Pengembara juga boleh menikmati fleksibiliti di hujung jari mereka dan ketenangan fikiran dengan pilihan bayaran balik percuma dan pembaharuan tempahan percuma, memberikan pengembara kawalan penuh terhadap rancangan perjalanan mereka.
Keluarga juga boleh memanfaatkan diskaun khas untuk kanak-kanak, menjadikan perjalanan keluarga lebih mampu milik dan membantu mereka mencipta kenangan manis bersama. Syarikat penerbangan ini baru-baru ini melancarkan MH Young Explorers Club, yang menawarkan pelancong muda berusia 12 tahun ke bawah pelbagai keistimewaan eksklusif, termasuk kaunter daftar masuk keutamaan, keistimewaan menaiki pesawat bersama keluarga, dan menu kanak-kanak yang disediakan di dalam penerbangan serta di Golden Lounges syarikat penerbangan ini di KLIA Terminal 1.
Dersenish Aresandiran, Ketua Pegawai Komersial Malaysia Aviation Group (MAG) berkata, “Strategi digital kami dibina dengan asas memberi kuasa kepada pelanggan kami untuk mengawal pengalaman perjalanan mereka. Melalui kempen ini, kami menggalakkan pengembara untuk membeli tiket mereka secara langsung melalui laman web atau aplikasi kami dan menikmati manfaatnya sambil menikmati fleksibiliti yang tiada tandingan. Ini selaras dengan usaha kami dalam memastikan perjalanan yang lancar dan mengukuhkan Malaysia Airlines sebagai pilihan utama untuk perjalanan, sebagai pintu masuk ke Asia dan seterusnya.”
Dengan destinasi di seluruh rangkaian luas Malaysia Airlines sebagai pintu masuk ke Asia dan seterusnya, penumpang boleh meneroka bandar-bandar yang meriah, pemandangan yang menakjubkan, dan penemuan yang tenang, sambil menikmati keselesaan dan kemudahan dengan Malaysia Hospitality.
Bagi mereka yang mencari kemewahan dan kemudahan dalam perjalanan mereka, tambang Kelas Perniagaan Malaysia Airlines menawarkan pengalaman perjalanan yang tiada tandingan dengan kelebihan seperti elaun bagasi daftar masuk sebanyak 40kg, dua bagasi kabin 7kg, dan pemilihan tempat duduk secara percuma tanpa kos tambahan. Dengan layanan keutamaan sepanjang daftar masuk, menaiki pesawat, dan pengambilan bagasi, bersama dengan akses eksklusif ke Golden Lounges syarikat penerbangan ini di KLIA Terminal 1 dan Private Terminal Transfer Service – setiap aspek perjalanan dirancang untuk keselesaan dan kemudahan.
Kempen ini berakhir pada 2 Disember 2024, tetapi tambang terbaik terus tersedia di laman web Malaysia Airlines atau melalui rakan kongsi perdagangan yang dilantik oleh Malaysia Airlines, memastikan pengembara mempunyai fleksibiliti dan pilihan ketika merancang perjalanan seterusnya.
Untuk maklumat lanjut dan menempah percutian seterusnya, layari laman web rasmi Malaysia Airlines atau muat turun aplikasi untuk mendapatkan promosi terkini dengan mudah di hujung jari anda, bila-bila masa dan di mana sahaja!