Business

Aonic Memperoleh Unmanned Aerial Work Certificate (UAWC) daripada CAAM

Aonic, penyedia perkhidmatan dan pengeluar dron, berbesar hati mengumumkan kejayaan memperoleh Unmanned Aerial Work Certificate (UAWC) daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Pencapaian penting ini menekankan usaha dan komitmen Aonic terhadap tahap pematuhan peraturan, keselamatan, dan kecemerlangan operasi dalam sektor sistem pesawat tanpa pemandu (UAS) pertanian.

Peranan CAAM dalam Mengawal Selia Industri Dron Malaysia

YBhg. Dato’ Captain Norazman bin Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, berkata:
“Dengan lebih daripada 190,000 dron didaftarkan pada tahun 2024, ini adalah fasa yang sangat menarik dan pada masa yang sama, fasa yang kritikal bagi industri dron. Pengeluaran Unmanned Aerial Work Certificate (UAWC) mencerminkan kesepakatan yang telah kita capai di antara pertumbuhan pesat industri ini dengan tahap pematuhan peraturan yang ditetapkan. CAAM memberi jaminan sektor yang berkembang pesat ini kekal mampan dan selamat. Pencapaian ini bukan sahaja sesuatu yang membanggakan tetapi juga detik bersejarah dalam memajukan keselamatan dan profesionalisme operasi dron di Malaysia.”

Seiring dengan perkembangan teknologi dron, CAAM memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan ruang udara Malaysia dengan menetapkan standard keselamatan yang ketat bagi operasi dron. Di bawah Arahan Penerbangan Awam (CAD) 6011 Bahagian II, semua operasi UAS pertanian dikawal selia bagi memastikan keselamatan awam dan integriti operasi.

Aonic telah memenuhi syarat ketat yang ditetapkan dalam CAD 6011 Bahagian II untuk memperoleh UAWC, yang diwajibkan untuk organisasi komersial yang terlibat dalam aktiviti pertanian seperti penyemburan dron. Perolehan sijil ini bukan sahaja menjamin tahap operasi Aonic tetapi juga meletakkan Aonic sebagai rakan kongsi yang dipercayai untuk para pelanggannya.

Aonic Memperoleh Unmanned Aerial Work Certificate (UAWC) daripada CAAM untuk Meningkatkan Tahap Piawaian Operasi Dron Pertanian

Aonic
2025-01-21 14:31  1

PUTRAJAYA, Malaysia21 Januari 2025 /PRNewswire/ — Aonic, penyedia perkhidmatan dan pengeluar dron, berbesar hati mengumumkan kejayaan memperoleh Unmanned Aerial Work Certificate (UAWC) daripada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM). Pencapaian penting ini menekankan usaha dan komitmen Aonic terhadap tahap pematuhan peraturan, keselamatan, dan kecemerlangan operasi dalam sektor sistem pesawat tanpa pemandu (UAS) pertanian.

Pasukan Aonic bersama pasukan CAAM komited untuk bekerjasama erat dalam mendorong kemajuan operasi dron yang selamat dan mampan semasa Majlis Penyampaian UAWC.
Pasukan Aonic bersama pasukan CAAM komited untuk bekerjasama erat dalam mendorong kemajuan operasi dron yang selamat dan mampan semasa Majlis Penyampaian UAWC.

Peranan CAAM dalam Mengawal Selia Industri Dron Malaysia

YBhg. Dato’ Captain Norazman bin Mahmud, Ketua Pegawai Eksekutif CAAM, berkata:
“Dengan lebih daripada 190,000 dron didaftarkan pada tahun 2024, ini adalah fasa yang sangat menarik dan pada masa yang sama, fasa yang kritikal bagi industri dron. Pengeluaran Unmanned Aerial Work Certificate (UAWC) mencerminkan kesepakatan yang telah kita capai di antara pertumbuhan pesat industri ini dengan tahap pematuhan peraturan yang ditetapkan. CAAM memberi jaminan sektor yang berkembang pesat ini kekal mampan dan selamat. Pencapaian ini bukan sahaja sesuatu yang membanggakan tetapi juga detik bersejarah dalam memajukan keselamatan dan profesionalisme operasi dron di Malaysia.”

Seiring dengan perkembangan teknologi dron, CAAM memainkan peranan penting dalam memastikan keselamatan ruang udara Malaysia dengan menetapkan standard keselamatan yang ketat bagi operasi dron. Di bawah Arahan Penerbangan Awam (CAD) 6011 Bahagian II, semua operasi UAS pertanian dikawal selia bagi memastikan keselamatan awam dan integriti operasi.

Aonic telah memenuhi syarat ketat yang ditetapkan dalam CAD 6011 Bahagian II untuk memperoleh UAWC, yang diwajibkan untuk organisasi komersial yang terlibat dalam aktiviti pertanian seperti penyemburan dron. Perolehan sijil ini bukan sahaja menjamin tahap operasi Aonic tetapi juga meletakkan Aonic sebagai rakan kongsi yang dipercayai untuk para pelanggannya.

Komitmen terhadap Keselamatan dan Kualiti

Cheong Jin Xi, Ketua Pegawai Eksekutif Aonic, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menerima UAWC daripada CAAM. Pencapaian ini mencerminkan dedikasi kami untuk menyediakan perkhidmatan dron yang boleh dipercayai dengan mengutamakan keselamatan dan kualiti. Kami berharap dapat memperluaskan perkhidmatan kami dan terus memberi sokongan kepada pengusaha ladang serta petani di seluruh Malaysia.”

Aonic juga menyampaikan penghargaan kepada semua pihak berkepentingan, pelanggan, dan terutama sekali CAAM atas sokongan yang tidak berbelah bahagi sepanjang proses ini.

UAWC menetapkan pematuhan terhadap garis panduan keselamatan penerbangan yang ketat, yang secara signifikan mengurangkan risiko yang berkaitan dengan operasi dron dan memastikan keselamatan orang awam, harta benda, serta persekitaran. Dengan perolehan sijil ini, Aonic berhasrat untuk menyokong pelanggan untuk mencapai standard keselamatan yang diperlukan.

Sehingga kini, Aonic telah mempertingkatkan kemahiran lebih daripada 4,680 orang dengan teknologi dron terkini, menyediakan lebih daripada USD 3 juta dalam pembiayaan peralatan dron pertanian kepada petani kecil, sekaligus meningkatkan keupayaan operasi dan taraf kehidupan mereka. Aonic juga telah mencatatkan rekod lebih 100,000 misi penerbangan dron tanpa pemandu dengan jayanya dalam pelbagai projek, mendorong usaha inovasi dalam industri.

Aonic terus komited untuk mengekalkan tahap piawaian dalam operasi UAS pertanian, dengan memberi keutamaan kepada kualiti dan keselamatan, merangkumi pelbagai industri seperti keselamatan awam, AEC & Pengukuran, Elektrik, Minyak & Gas, serta Pertanian. Pencapaian UAWC ini turut memudahkan Aonic meningkatkan operasi dengan selamat dan efektif, membuka jalan kepada pertumbuhan masa depan dalam industri dron.

Sertai Kami dalam Menyokong Operasi Pertanian

Aonic menjemput perniagaan dan individu yang berminat untuk memanfaatkan teknologi dron dalam operasi pertanian untuk mengetahui lebih lanjut mengenai penyelesaian menyeluruh kami. Layari www.aonic.com untuk mengetahui bagaimana Aonic dapat membantu mentransformasikan operasi anda.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top