Politik

Nik Nazmi umum pertahan jawatan Naib Presiden

Gambar Niz Nazmi

Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan beliau akan mempertahankan jawatan naib presiden PKR menjelang pemilihan parti.

Beliau yang juga Ketua Cabang Setiawangsa memaklumkan perkara itu ketika berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan PKR Cabang Setiawangsa, semalam.

“Pemilihan PKR tahun ini bakal menjadi tumpuan ramai, bukan sekadar dalam kalangan ahli parti, tetapi juga oleh rakyat yang menilai kesatuan dan kekuatan kita,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Setiawangsa itu berkata, beliau bersama PKR Setiawangsa juga menyokong untuk Anwar Ibrahim kekal presiden dan Rafizi Ramli, timbalan presiden.

“Saya percaya bahawa PKR bukan sekadar sebuah parti politik, tetapi sebuah gerakan membawa harapan dan perubahan,” katanya.

Terdahulu, Amirudin Shari yang juga menteri besar Selangor membuat keputusan mempertahankan jawatan naib presiden.

PKR dijadualkan mengadakan pemilihan peringkat bahagian dari 11 hingga 20 April. Pemilihan bagi kepimpinan pusat akan berlangsung pada 24 Mei.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top