Pusat Perubatan Sunway, Sunway City (SMC) sekali lagi telah tersenarai dalam 250 hospital terbaik di dunia dalam penarafan World’s Best Hospitals 2025 oleh Newsweek yang terkini.
Dihormati untuk tahun kedua berturut-turut, SMC telah meningkat daripada kedudukan ke-233 pada 2024 kepada kedudukan ke-193 pada 2025, dan juga merupakan hospital terbaik di Malaysia dalam senarai terkini ini. Senarai penarafan ini menyenaraikan 250 hospital terbaik di dunia dari 30 negara berdasarkan satu tinjauan menyeluruh yang mengumpul pandangan daripada pakar perubatan, tinjauan pesakit, metrik kualiti hospital, dan Tinjauan Pelaksanaan Ukuran Hasil yang Dilaporkan oleh Pesakit (PROMs) oleh Statista.
Dato’ Lau Beng Long, Presiden Sunway Healthcare Group menyatakan, “Sebagai hospital utama Sunway Healthcare Group, SMC berbangga dengan komitmennya terhadap kecemerlangan dalam penjagaan kesihatan dan hospitaliti yang telah membawa kami ke tahap pengiktirafan antarabangsa ini. Mendapat tempat di kalangan 250 hospital terbaik di dunia, bersama-sama dengan Mayo Clinic, The John Hopkins Hospital, Singapore General Hospital, dan The University of Tokyo Hospital selama dua tahun berturut-turut merupakan bukti dedikasi tanpa henti daripada pasukan kami terutamanya pakar perubatan, jururawat dan profesional kesihatan bersekutu.”
“Kami berbangga menjadi peneraju di Malaysia, dan pencapaian ini mengesahkan matlamat kami untuk memberikan tahap penjagaan klinikal yang tertinggi dan terus mempertingkatkan status penjagaan kesihatan secara keseluruhan di negara ini.”
Pencapaian terkini ini membina kejayaan SMC dalam Newsweek’s Asia’s Top Private Hospitals 2025 di mana ia menduduki tempat ke-2 di Asia untuk pembedahan katarak, dan tempat ke-3 di Asia untuk pembedahan refraktif mata, serta turut tersenarai dalam 10 terbaik dalam ranking Asia untuk pembedahan pinggul dan penggantian pinggul (ke-6); pembedahan lutut dan penggantian lutut (ke-6); dan pembedahan bahu (ke-10). Hospital ini juga tersenarai dalam Newsweek’s Best Specialist Hospitals Asia Pacific untuk tahun 2023 dan 2024.
Dato’ Lau juga mencipta sejarah sebagai pemimpin penjagaan kesihatan Malaysia pertama yang dimasukkan dalam Newsweek’s Top Hospital CEOs 2024 bersama-sama dengan CEO-CEO terkemuka dari fasiliti perubatan terkemuka di dunia.
Sebagai hospital swasta kuaternari terbesar di Malaysia, SMC merupakan hospital pertama di Malaysia yang menerima tiga akreditasi besar di seluruh hospital: Akreditasi Joint Commission International (JCI), The Gold Seal of Approval dari Amerika Syarikat; Australian Council on Healthcare Standards (ACHS); dan Malaysian Society for Quality in Health (MSQH).
