Menurut Tinjauan Pelancongan Lestari 2025 yang dijalankan oleh platform pelancongan digital Agoda, Malaysia telah muncul sebagai pasaran pelancongan yang keempat paling prihatin terhadap kelestarian di Asia, dengan hampir empat dalam lima pelancong Malaysia (80%) memasukkan faktor kelestarian ke dalam rancangan percutian mereka untuk tahun 2025, lebih tinggi daripada purata keseluruhan pelancong di Asia (68%). |
Tinjauan ini yang melibatkan lebih daripada 6,000 orang responden di 11 buah pasaran Asia, mengetengahkan landskap pelancongan lestari yang semakin berkembang di Asia, di mana pelancongan yang autentik dan bermatlamat, serta pelancongan luar musim menjadi semakin diminati.
Impak Terhadap Komuniti Mendorong Pilihan yang Lebih Lestari
Semakin ramai pelancong Malaysia yang mengutamakan kelestarian dengan memberi perhatian khusus kepada kesan positif terhadap komuniti dan mencari pengalaman yang bermakna dalam percutian mereka. Lebih daripada satu perempat responden (28%) menyatakan menyokong komuniti dan ekonomi tempatan sebagai faktor pendorong utama mereka dalam percutian yang lestari. Sementara itu, hampir satu daripada empat pelancong (24%) menyatakan nilai dan pegangan peribadi, manakala peratusan yang sama (24%) mementingkan keinginan untuk pelancongan yang autentik dan bermatlamat. Ini menunjukkan peralihan yang semakin meningkat ke arah pelancongan yang bukan sahaja bermakna tetapi juga memperkayakan pengalaman pelancong dan memberikan manfaat kepada destinasi yang mereka lawati.
Pelancongan Berkesedaran Menjana Momentum di Kalangan Warga Malaysia
Tinjauan ini juga mendapati bahawa ramai pelancong Malaysia membuat pilihan yang bijak untuk meminimumkan kesan terhadap alam sekitar, dengan hampir satu perempat (24%) memilih untuk melancong di luar musim dengan tujuan mengurangkan kesesakan. Selain itu, 19% memilih penginapan yang mempunyai pensijilan kelestarian, manakala 18% secara aktif menyokong perniagaan kecil hingga sederhana dan usaha pemeliharaan budaya tempatan.
Fabian Teja, Pengarah Negara untuk Malaysia dan Brunei di Agoda, berkongsi, “Kami merasa bangga apabila menyaksikan semakin ramai pelancong Malaysia yang mahu memberi kesan positif, dan Agoda sentiasa bersedia untuk menyokong matlamat perjalanan mereka. Dengan kelestarian menjadi fokus utama kempen Tahun Melawat Malaysia 2026, ia sangat memberangsangkan apabila lebih ramai pelancong membuat pilihan yang bertanggungjawab. Melalui Program Eco Deals kami, para pelancong boleh menikmati diskaun hebat di tempat-tempat penginapan yang menyertai program ini manakala Agoda menyumbang satu dolar AS untuk membantu usaha pemuliharaan tempatan untuk setiap tempahan melalui program ini. Kami teruja untuk membantu para pelancong Malaysia untuk bercuti dengan kos yang lebih rendah, dan pada masa yang sama memberikan mereka peluang untuk memulihara destinasi yang mereka lawati.”
Sejak pelancaran edisi 2025 baru-baru ini, program Eco Deals Agoda telah memberikan diskaun sehingga 15% di hotel yang mengambil bahagian di 10 buah pasaran Asia. Ia juga menyaksikan penglibatan pertama Jepun dan Korea Selatan dalam Kempen Eco Deals yang menawarkan lebih banyak peluang bagi pelancong ke destinasi Asia untuk menyumbang kepada usaha pemuliharaan alam di destinasi kegemaran mereka. Untuk setiap tempahan Eco Deals, satu dolar akan didermakan kepada projek pemuliharaan WWF yang bertujuan untuk melindungi hidupan liar dan memelihara habitat kritikal di seluruh Asia. Maklumat lanjut boleh didapati di www.agoda.com/ecodeals.
Tawaran Agoda merangkumi lebih daripada 5 juta tempat penginapan percutian, lebih daripada 130,000 laluan penerbangan, dan lebih daripada 300,000 aktiviti liburan, yang semuanya boleh digabungkan dalam satu tempahan yang sama. Muat turun aplikasi mudah alih Agoda atau layari Agoda.com untuk mendapatkan tawaran terbaik bagi percutian anda yang berikutnya.
