Business

Pasukan Malaysia menang pingat Gangsa di pertandingan pastri terbesar dunia

Pasukan Malaysia telah memperoleh pingat Gangsa selepas bersaing dengan 18 pasukan pastri terkemuka dunia di The Coupe du Monde de la Pâtisserie 2025. Pertandingan ini sekali lagi telah menetapkan inovasi dan kesenian pastri untuk peringkat global, mencabar chef-chef pastri terbaik dunia untuk menjangkau sempadan kreativiti, teknik dan seni ketukangan pastri. Chef-chef dari Pasukan Malaysia telah mengagumkan panel hakim dengan ciptaan pastri mereka yang rumit dan inovatif, yang diilhamkan oleh tema ‘Warisan Negara’.

Pasukan pemenang Pingat Gangsa 2025 terdiri daripada Chef Loi Ming Ai, jurulatih pasukan, Chef Foo Yi Qing, calon gula, Chef Tyler Tan, calon ais dan Chef Fong Kah Mun, calon coklat. Karya agung mereka telah dilaksanakan dengan ketepatan dan kesenian yang luar biasa sepanjang pertandingan dua-hari yang sengit itu. Keupayaan pasukan inimenggabungkan kemahiran teknikal dengan penceritaan kreatif melalui pastri membezakan mereka di pentas global.

Encik Majid Zaman, Pengarah Pembangunan Perniagaan, QSR Asia & Horeca & Bakery Filipina, FrieslandCampina Professional, berkongsi, “Memenangi pingat gangsa di Coupe du Monde de la Pâtisserie 2025 adalah satu pencapaian besar, dan kami amat berbangga dengan Pasukan Malaysia yang telah ditaja oleh Debic dan turut dilatih oleh duta jenama Debic, Chef Loi Ming Ai. Bersaing di peringkat antarabangsa memerlukan kemahiran, dedikasi dan kreativiti yang luar biasa, dan mereka telah menunjukkan bakat pastri dari Malaysia kepada dunia . Di FrieslandCampina Professional, kami memahami permintaan tukang masak, pembuat roti dan profesional pastri terkemuka—ketekalan, kualiti dan kebolehpercayaan. Itulah sebabnya Debic direka khusus untuk profesional, membantu mereka menghidupkan idea mereka dengan mudah dan yakin. Kemenangan ini bukan sekadar kebanggaan untuk pasukan tetapi untuk seluruh industri pastri Malaysia, dan kami teruja untuk terus menyokong chef-chef sambil mereka melangkaui sempadan kecemerlangan.”

Mewakili Pasukan Malaysia, jurulatih Chef Loi Ming Ai melahirkan rasa bangga beliau mewakili Malaysia di pentas dunia, “Berdiri di antara tiga pasukan terbaik dunia adalah satu penghormatan yang luar biasa. Bersaing di peringkat ini memerlukan ketepatan, kreativiti dan ketabahan, dan kami berbangga kerana telah mempamerkan kekayaan warisan Malaysia melalui ciptaan kami. Pencapaian ini bukan hanya untuk kami—ia untuk seluruh komuniti pastri Malaysia, dan kami berharap ia memberi inspirasi kepada generasi akan datang untuk menyasarkan kecemerlangan yang lebih tinggi.”

Selama lebih 20 tahun, Debic, jenama tenusu Eropah premium berusia 100 tahun yang direka untuk kegunaan profesional, telah menjadi penyokong global yang bersemangat untuk pertandingan berprestij ini. Sebagai penaja bangga Pasukan Malaysia 2025, Debic sangat teruja untuk meraikan pencapaian luar biasa pasukan itu—memenangi pingat gangsa dan meletakkan nama Malaysia di kalangan tiga pasukan pastri terbaik di dunia.

Sebagai duta jenama Debic, Chef Loi Ming Ai telah mempamerkan komitmennya untuk menyokong chef pastri di Malaysia. Pengalaman dan kepakarannya juga mencerminkan nilai kualiti, inovasi dan kebolehpercayaan Debic. Sebagai penaja Pasukan Malaysia, Debic terus menyediakan chef produk tenusu berkualiti tinggi untuk meningkatkan kualiti kerja mereka dan bersaing di peringkat tertinggi.

Dengan matlamat membina legasi kukuh Malaysia di Coupe du Monde de la Pâtisserie, pasukan tahun ini menyasarkan untuk menyamai kejayaan negara pada 2019, apabila Malaysia membawa pulang gelaran kejuaraan dengan ciptaan cemerlangnya. Kemenangan bersejarah itu menjadi detik kebanggaan negara, dengan Chef Otto Tay dan Chef Loi Ming Ai sebagai duta jenama Debic—mengukuhkan lagi dedikasi Debic untuk menyokong dan meningkatkan kecemerlangan pastri di Malaysia.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top