Business

40 Pasukan Antarabangsa Rebut Gelaran Juara Dunia Tarian Singa Genting kali ke-15

Resorts World Genting akan menganjurkan Kejohanan Tarian Singa Antarabangsa Genting kali ke-15, dengan kerjasama Persekutuan Tarian Naga dan Singa Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, di Arena of Stars, Resorts World Genting dari 25 hingga 27 Julai 2025.

(Dari kiri) Encik Leong Lik Tong, Pengerusi Persatuan Tarian Singa dan Naga Negeri
Selangor & Wilayah Persekutuan, dan Spencer Lee, Naib Presiden Eksekutif Jualan,
Pemasaran dan Perhubungan Awam Resorts World Genting, bergambar bersama keputusan
rasmi daripada Majlis Cabutan Undian Peringkat Awal.

 

Sebagai antara kejohanan tarian singa paling berprestij di peringkat antarabangsa, edisi kali ini menghimpunkan 40 pasukan elit dari seluruh dunia, termasuk pasukan ternama dari negara China, Australia, Indonesia, Filipina, Taipei, Hong Kong dan Malaysia.

Penonton akan dapat menyaksikan persembahan bertenaga yang mempamerkan aksi akrobatik yang memukau serta semangat persaingan yang mengujakan, semuanya dalam satu acara berprestij.

Miss Universe Malaysia 2024 Sandra Lim bersama 30 finalis terbaik Miss Universe 2024 telah mengejutkan sidang media yang diadakan dengan mengumumkan mereka bakal membuat penampilan istimewa serta mempersembahkan persembahan khas kepada penonton pada hari penutup Kejohanan Tarian Singa Antarabangsa Genting ke-15.

Antara tetamu kehormat yang hadir termasuk Spencer Lee, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam Resorts World Genting; Encik Leong Lik Tong, Pengerusi Persekutuan Tarian Naga dan Singa Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur; Dato’ Billy Lai, Pengarah Pembangunan Perniagaan dan Alex Moh, Pengurus Kanan Pemasaran dan Jabatan Korporat di Futuromic Photo AV Sdn Bhd.

Turut diumumkan pada pada sidang media tersebut adalah untuk julung kalinya dalam sejarah kejohanan ini, juara utama bakal membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak USD 18,000.00, bersama nama pasukan yang terukir pada trofi kekal yang menjadi rebutan, selain trofi dan pingat individu.

Naib juara akan menerima USD 10,000.00, manakala pemenang tempat ketiga bakal membawa pulang USD 6,000.00, kedua-duanya turut menerima trofi dan pingat.

Selain itu, tujuh pasukan akan menerima Anugerah Kecemerlangan bernilai USD 1,800 setiap satu. Edisi 2025 turut memperkenalkan kategori baharu iaitu “Anugerah Kesukaran Terbaik” yang bertujuan mengiktiraf pasukan yang mempersembahkan aksi paling mencabar dan rumit.

Pasukan terbaik dalam kategori ini akan menerima ganjaran USD 2,000.00 serta trofi khas sebagai penghargaan terhadap kepakaran teknikal dan inovasi kreatif mereka.

Spencer Lee, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam
Resorts World Genting, menyampaikan ucapan pembukaan sempena Sidang Media dan Majlis
Cabutan Undi Kejohanan Dunia Tarian Singa kali ke-15.

Menurut, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam Resorts World Genting, Spencer Lee, “Kejohanan tahun ini bukan sekadar satu acara, tetapi satu perayaan global yang menghimpunkan sejarah, perpaduan dan bakat. Sempena ulang tahun kami yang ke-60, kami berbangga kerana dapat mengangkat seni tarian singa ke tahap lebih tinggi serta memberi inspirasi kepada generasi pelapis.”

Turut menyatakan sokongan, Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Manoharan Periasamy berkata, “Tarian singa merupakan salah satu seni persembahan budaya yang popular dalam kalangan masyarakat Cina di Malaysia, terutamanya semasa sambutan Tahun Baharu Cina.

Persembahan unik ini wajar dikongsi dan diketengahkan ke peringkat antarabangsa. Usaha Resorts World Genting dalam memperkasakan dan memartabatkan budaya ini di persada dunia amat dipuji. Kami yakin kejohanan ini akan menjadi antara tarikan utama sempena Tahun Melawat Malaysia 2026.”

Jangan lepaskan peluang menyaksikan kehebatan pasukan tarian singa dari seluruh dunia pada 25 hingga 27 Julai ini di Arena of Stars, Resorts World Genting. Pas masuk untuk tiga hari kini boleh didapati pada harga RM298 untuk Kategori PS1 (tempat duduk yang ditetapkan) dan RM198 untuk Kategori PS2 (tempat duduk bebas). Tiket boleh dibeli melalui laman web rasmi rwgenting.com atau menerusi aplikasi mudah alih Resorts World Genting.

(Dari kiri) Lee Man Hon, Hee Kok Sing, Lee Wang Seng, Fong Kong Yip, Chin Sin Pang,
Dato’ Billy Lai, Spencer Lee, Leong Lik Thong, Yap Chee Keong, Liong Kok Wah, Hooi Kok
Hong, Tan Hock Liang, Chung Wah Lieh, Chang Weng Sheng, Lee Kok Thow, Kok Yip Meng
dan Kan Cheng Kit bergambar bersama pasukan Persatuan Tarian Naga dan Singa Khuan
Loke.

 

Kejohanan ini mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia dan Kementerian Belia & Sukan, serta disokong oleh penaja rasmi termasuk Tomei dan Nikon oleh Futuromic Photo AV Sdn Bhd. Tomei, dengan pengalaman lebih dari lima dekad dalam pembuatan barang kemas mewah, akan bekerjasama dengan Resorts World Genting untuk menghasilkan rekaan emas eksklusif yang diinspirasikan oleh semangat KejohananTarian Singa Antarabangsa Genting.

Dihasilkan sebagai cenderamata istimewa, edisi terhad ini hanya akan tersedia untuk ahli Kad Ganjaran Genting.

Rekaan lengkap akan diumumkan menjelang acara, jadi pastikan anda tidak terlepas peluang untuk memilikinya.

Spencer Lee, Naib Presiden Eksekutif Jualan, Pemasaran dan Perhubungan Awam
Resorts World Genting, mencabut undi bagi menentukan giliran pasukan yang akan bertanding di Arena of Stars dari 25 hingga 27 Julai 2025.

Untuk maklumat lanjut dan perkembangan terkini mengenai Kejohanan Tarian Singa Antarabangsa Genting kali ke-15, layari rwgenting.com atau ikuti saluran media sosial rasmi Resorts World Genting.

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top