Putrajaya, 6 Mei – Syarikat keselamatan siber global, BlackBerry, menyuarakan hasrat untuk menjalin kerjasama strategik dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif BlackBerry, John J. Giamatteo, semasa kunjungan hormat ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dato’ Sri Haji Azam Baki, di Ibu Pejabat SPRM hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Blackberry, John J Giamatteo sedang mengisi buku lawatan disaksikan Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki
Tan Sri Azam menyambut baik cadangan kerjasama tersebut, khususnya dalam aspek keselamatan siber yang penting bagi melindungi kerahsiaan maklumat operasi SPRM daripada ancaman penggodam.
Giamatteo turut menawarkan peluang latihan keselamatan siber bertaraf dunia kepada SPRM di Cybersecurity Center of Excellence (CCoE) milik BlackBerry yang terletak di Cyberjaya.
Turut hadir semasa pertemuan ialah Penasihat Undang-undang SPRM, P/TPj Galan Ngadit dan beberapa wakil lain dari pihak Blackberry.
