Umum

Rakyat dinasihati tangguh perjalanan ke India sekiranya tidak penting

Susulan serangan rentas sempadan yang dilaporkan baru-baru ini, Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi memberi saranan agar rakyat Malaysia menangguhkan semua perjalanan tidak penting ke India

“Memandangkan peningkatan ketegangan terkini antara India dan Pakistan, yang mana India melancarkan Operasi Sindoor ke atas Pakistan pada 7 Mei, Suruhanjaya Tinggi menasihatkan agar semua perjalanan tidak penting ke India, khususnya ke negeri-negeri yang bersempadan dengan Pakistan, ditangguhkan segera,” menurut kenyataan di platform X.

Rakyat Malaysia yang kini berada di India dinasihatkan supaya mendaftar dengan Suruhanjaya Tinggi dan memaklumkan kehadiran mereka melalui e-mel ke alamat [email protected].

Untuk bantuan konsul, rakyat Malaysia boleh menghubungi Suruhanjaya Tinggi Malaysia di New Delhi menerusi talian +90 11 2415 9300 atau +90 11 2415 9311 (talian umum/bilik operasi), serta +90 85 9555 0564 (pegawai bertugas dari 4.30 petang hingga 8 pagi).

“Keselamatan dan kebajikan rakyat Malaysia sentiasa menjadi keutamaan kami. Sila sentiasa peka terhadap perkembangan semasa dan berhati-hati pada setiap masa,” katanya dilaporkan media.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top