Umum

PPA Tour Asia lancar kalendar 2025 dengan China Slam menjadi tumpuan utama

Revolusi sukan pickleball global dijangka akan memulakan langkah baharu menerusi pengumuman acara PPA Tour Asia sulung bagi tahun 2025. Walaupun telah meraih kejayaan di AS, jelajah ulung ini bersedia untuk membawakan pengalaman sukan pickleball yang tiada tandingan ke pelosok dunia yang baharu. PPA Tour Asia akan dilancarkan dengan lima kejohanan pada kalendar permulaan, mencapai kemuncaknya dengan China Slam.

PPA Tour Asia menampilkan struktur kejohanan tiga peringkat – acara Slam, Piala dan Terbuka – memastikan semua wilayah dan peringkat pertandingan mengalami jelajah pickleball yang unggul. Mata yang diperoleh di acara-acara ini dikira dalam PPA Tour Asia Rankings, tatkala pemain mengejar kejuaraan No.1 yang berprestij – pengiktirafan ulung bagi dominasi dalam sukan pickleball profesional Asia.

  • Slam: 2000 mata dengan anggaran wang hadiah dan bayaran bernilai AS$1 juta, menghimpunkan bakat antarabangsa elit termasuk pemain profesional Amerika terbaik, pemain profesional Australia dan pemain terbaik Asia.
  • Piala: 1500 mata dan anggaran AS$500,000 hadiah wang dan bayaran setiap satu, memaparkan persaingan sengit dalam kalangan ahli profesional serantau yang mantap dan bintang yang semakin meningkat naik.
  • Terbuka: 1000 mata dan hadiah wang sekurang-kurangnya AS$50,000, mengangkat bakat serantau dan mengembangkan sukan ini di seluruh Asia.

Malaysia, salah satu wilayah yang paling pantas berkembang untuk sukan pickleball di dunia, akan menjadi tuan rumah acara pembukaan jelajah ini pada bulan Julai. Jadual acara ini kemudian beralih ke swing Asia Timur yang menarik, dengan kejohanan berturut-turut di Hong Kong dan Jepun pada bulan Ogos.

Musim ini kemudian mencapai kemuncaknya dengan China Slam, membawa peringkat utama ke negara paling ramai penduduknya di dunia. Dijadualkan berlangsung pada 1-5 Oktober semasa sambutan hari kelepasan Minggu Emas China, kejohanan ini menawarkan peluang yang ideal untuk mempamerkan sukan pickleball dan memberi tumpuan utama kepada sukan baru ini.

  • Panas Kuala Lumpur Open | 3-6 Julai
  • Hong Kong Open | 21-24 Ogos
  • Sansan Fukuoka Open | 26-31 Ogos
  • China Slam | 1-5 Oktober
  • Kuala Lumpur Cup | 9-12 Oktober

“Menerusi pelancaran kalendar PPA Tour Asia, kami membawakan aksi pickleball bertaraf dunia ke pasaran yang paling pantas berkembang dalam sukan ini. Dari Malaysia ke China, acara ini akan mempamerkan bakat terbaik sekali gus mencipta peluang baharu untuk pemain dan peminat di seluruh rantau ini. China Slam juga merupakan sebahagian daripada Siri Kejohanan Antarabangsa UPA yang mewujudkan asas pengembangan global sukan pickleball.” Kimberly Koh, Pengarah Urusan, UPA Asia.

Lebih banyak acara untuk tahun 2025 akan diumumkan dalam masa terdekat.

Untuk mengikuti perkembangan terkini mengenai berita pickleball yang mutakhir, sila ke ppatour-asia.com.

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top