Universiti Teknologi PETRONAS (UTP) sekali lagi mencipta sejarah apabila melonjak 18 anak tangga dalam QS World University Rankings 2026, kini berada di kedudukan ke-251 dunia, kedudukan tertinggi yang pernah dicapai oleh universiti ini.
Lebih membanggakan, pencapaian ini mengukuhkan lagi kedudukan UTP sebagai Universiti Swasta No. 1 di Malaysia, satu pengiktirafan yang mencerminkan kecemerlangan UTP dalam pelbagai aspek.
“Lonjakan ini adalah hasil peningkatan menyeluruh dalam semua indikator penilaian, terutamanya dari segi Reputasi Akademik, Reputasi Majikan, Petikan per Fakulti, serta komitmen terhadap Kelestarian (Sustainability),” jelas kenyataan rasmi daripada pihak universiti.
Penghargaan Kepada Semua Pihak Terlibat
UTP merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada PETRONAS, rakan strategik dari kalangan akademik dan industri, serta barisan pensyarah, staf, pelajar, alumni dan penaja yang telah memainkan peranan penting dalam kejayaan ini.
Seiring Dengan Transformasi Masa Hadapan
Pengiktirafan ini hadir pada waktu yang amat signifikan, iaitu ketika UTP sedang giat melaksanakan program transformasi menyeluruh untuk:
- Melahirkan bakat masa hadapan yang bersedia menghadapi cabaran global,
- Menerajui penyelidikan yang memberi impak kepada masyarakat,
- Dan terus komited dalam inovasi, kelestarian, serta pendidikan yang dipacu industri.
Pencapaian ini bukan sekadar angka, ia mencerminkan misi UTP untuk menjadi institusi yang memberi impak sebenar kepada dunia, seiring dengan perubahan dan cabaran semasa.
