Anytime Fitness, rangkaian gimnasium 24 jam terbesar di Asia, telah melancarkan kempen terbesarnya setakat ini – Train For Your Life – yang menandakan perubahan penting dalam pendekatan industri kecergasan: daripada penampilan fizikal kepada kesihatan menyeluruh dan kehidupan sebenar.
Kempen ini, yang dilancarkan serentak di lapan negara termasuk Malaysia, Singapura, Indonesia dan Vietnam, hadir selepas kajian pengguna serantau yang mendedahkan perubahan besar dalam motivasi orang ramai untuk kekal aktif. Daripada hampir 9,000 responden, majoriti kini lebih mementingkan tidur berkualiti (61%) dan kesihatan mental (49%), berbanding matlamat tradisional seperti penurunan berat badan atau kecergasan otot.
Namun yang menarik, hanya 14% responden menggunakan gimnasium komersial – selebihnya bergantung pada pergerakan harian seperti bersenam di rumah, berjalan ke tempat kerja atau aktiviti rutin lain.
SmartCoaching: Bukan Sekadar Gim
Sebagai respons kepada keperluan baharu ini, Anytime Fitness memperkenalkan sistem SmartCoaching Ecosystem, satu platform berasaskan aplikasi yang menyatukan tiga komponen utama: latihan fizikal, pemakanan, dan pemulihan. Ia dirangka untuk menyokong ahli bukan sahaja semasa mereka berada di gim, tetapi dalam rutin harian mereka.
“Kami tidak hanya membantu orang ramai bersenam. Kami bersama mereka dalam fasa hidup yang sebenar – ketika bermula, kembali dari rehat panjang, atau mengharungi perubahan hidup,” jelas Johannes Raadsma, Presiden & Pengasas Inspire Brands Asia.
Dengan kehadiran hampir 500 kelab di Asia dan lebih 5,600 secara global, Anytime Fitness memperkukuh reputasinya sebagai jenama kecergasan yang inklusif, mudah diakses, dan realistik – sesuai untuk masyarakat moden yang menuntut fleksibiliti.
“Kami tak galakkan kesempurnaan. Kami sokong kemajuan – walaupun satu langkah kecil,” tambah Luke Guanlao, CEO IBA Group.
Kempen Train For Your Life menegaskan satu perkara penting: kecergasan bukan lagi sekadar angka atas penimbang, tetapi tentang menjadi lebih sihat, yakin dan bersedia menghadapi cabaran hidup – satu hari pada satu masa.
