Umum

KPF Umum Dividen 6% untuk Tahun Kewangan 2024, Libatkan Agihan RM129 Juta kepada Lebih 250,000 Anggota

Koperasi Permodalan Felda Malaysia Berhad (KPF) mengumumkan agihan dividen sebanyak 6% bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024, melibatkan jumlah pembayaran sebanyak RM129 juta kepada 253,371 anggota di seluruh negara.

Pengumuman itu dibuat sempena Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan (MAPT) KPF ke-44, sebagai bukti komitmen koperasi dalam mengekalkan pulangan kompetitif kepada anggotanya.

Menurut Pengerusi KPF, Mohd Banuri Aris, dividen tersebut diagihkan sepenuhnya berdasarkan keuntungan bersih semasa yang berjaya dicapai oleh koperasi.

“Pembayaran dividen ini mencerminkan komitmen berterusan lembaga terhadap anggota melalui peningkatan hasil, seterusnya membolehkan pengagihan dibuat sepenuhnya berdasarkan prestasi kewangan semasa,” ujarnya dalam satu kenyataan.


Pelan Rasionalisasi Aset untuk Jamin Kelangsungan Kewangan

Dalam pada itu, Mohd Banuri turut memaklumkan bahawa KPF bakal melaksanakan pelan rasionalisasi aset pelaburan sebagai strategi menghadapi permintaan pengeluaran modal syer anggota yang semakin meningkat.

Langkah ini melibatkan:

  • Penjualan aset perladangan dan hartanah tidak berpotensi
  • Penstrukturan semula pelaburan dalam syarikat bersekutu
  • Usaha menjana pendapatan mampan jangka panjang

“Pelan ini bukan sahaja untuk memenuhi obligasi kepada anggota, malah ia adalah strategi jangka panjang bagi memastikan struktur aset KPF menjadi lebih mampan, efisien dan strategik,” jelas beliau.

KPF yakin pendekatan tersebut akan memperkukuh kedudukan kewangan organisasi sekaligus menjamin kelangsungan kesejahteraan anggota dalam jangka masa panjang.

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top