Business

FDM 2025: Wadah Tepat Perkasa Jaringan Perniagaan Merentas Sempadan

Kuala Lumpur, 3 Julai 2025 – Lebih 170 delegasi daripada 6 buah Dewan Perniagaan telah menjayakan satu perhimpunan eksklusif sempena Food & Drinks Malaysia (FDM2025) 2025 by SIAL, menandakan satu pencapaian penting dalam usaha memperkukuh jaringan perniagaan makanan dan minuman rentas sempadan di Malaysia.

Acara ini berlangsung di lokasi pameran FDM2025, dan berjaya menjadi medan pertukaran idea, peluang kerjasama, serta inspirasi keusahawanan yang nyata di tengah-tengah industri makanan, minuman dan perdagangan global.


Kerjasama Rentas Sempadan yang Bermakna

Enam dewan perniagaan yang mengambil bahagian dalam acara ini ialah:

  • Kuala Lumpur Malay Chamber of Commerce (KLMCC)
  • Kuala Lumpur Selangor Indian Chamber of Commerce and Industry (KLSICCI)
  • New Zealand Chamber of Commerce Malaysia (NZCCM)
  • Canadian Chamber of Commerce Malaysia (CanCham)
  • Malaysia–Vietnam Chamber of Commerce (MVCC)
  • CCI France Malaysia

Kehadiran yang mewakili pelbagai komuniti perniagaan ini menggambarkan semangat kerjasama dan perpaduan dalam memacu pembangunan ekonomi Malaysia yang semakin pesat dan inklusif.


Sesi Perkongsian Usahawan: Cerita, Cabaran dan Inspirasi

Antara sorotan utama ialah sesi perkongsian pengalaman oleh empat tokoh industri yang berkongsi kisah perniagaan dan cabaran masing-masing:

  • Nur Fatin Dato’ Seri Ibrahim – berkongsi wawasan tentang pengurusan dan hala tuju Kumpulan Brahim’s Dewina, antara peneraju dalam industri makanan tempatan.
  • Vladan Vukovich – memperkenalkan Winpex Ltd., dengan fokus kepada perdagangan antarabangsa dan rantaian bekalan.
  • Patricia Marin – mengupas perjalanan membina jenama Mamami Shoppe.
  • Harirajah – berkongsi pendekatan Myamas Agro Sdn Bhd dalam pertanian mampan serta potensi eksport ke pasaran Kanada.

Kisah mereka membuka ruang kepada perbincangan bermakna serta memperkukuh semangat saling belajar antara delegasi yang hadir.


Momentum Kolaborasi Masa Hadapan

Kejayaan acara ini tidak mungkin dicapai tanpa komitmen tinggi daripada  Jawatankuasa, sekretariat dan ahli-ahli setiap organisasi. Ia menjadi bukti bahawa dengan semangat kolektif, pelbagai komuniti perniagaan dapat berganding bahu untuk mencapai matlamat bersama.

Beberapa inisiatif bersama telah mula dirancang, dan acara ini hanyalah permulaan kepada satu era baharu kerjasama strategik antara badan-badan perniagaan tempatan dan antarabangsa.

 


Nota Editor

Artikel ini disumbangkan oleh gabungan enam dewan perniagaan sebagai sebahagian daripada inisiatif kolaborasi sempena FDM 2025.

 

PALING POPULAR

Copyright © 2021

To Top